Had operasi premis perniagaan telah dimansuhkan dan dibenarkan beroperasi mengikut ketetapan masa masing-masing.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismaikl Sabri Yaakob menerusi satu sidang media sebentar tadi.
“Premis-premis perniagaan boleh mula beroperasi seperti biasa mengikut had masa masing-masing tertakluk kepada syarat lesen yang telah ditetapkan.
“Ini bermakna rakyat Malaysia boleh makan di kedai makan selepas jam 12 malam kerana ada kedai yang buka 24 jam sehari,” jelasnya.
Maklum beliau juga, ketika Ramadan yang akan tiba nanti, rakyat Malaysia yang beragama Islam mungkin akan bersahur di restoran-restoran.
Jelas Ismail, perkara itu juga turut dibolehkan.
Sebelum ini, kebanyakan premis perniagaan secara umumnya dihadkan tempoh operasinya hanya sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.
Sumber: Sidang Media Perdana Menteri