Siakap Keli
Kredit: Hits Suara

Video Seorang Bapa Sibuk Main ‘Game’ Sampai Tak Sedar Anak Terjatuh Raih Perhatian

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah berjaya merakam seorang ayah yang sibuk bermain telefon bimbitnya sehingga tidak sedar anaknya jatuh ke lantai.

Video tersebut menjadi tular selepas ianya dimuat naik oleh akaun @terangmedia di rangkaian sosial Instagram pada Isnin (07/03/2022).

Menurut rakaman CCTV yang berada di dalam rumah pada pukul 23:42 pm itu menunjukkan seorang bapa dan anak lelakinya masih lagi berjaga meskipun sudah malam.

Video tersebut menunjukkan mereka berdua sedang duduk di atas sofa berwarna merah yang mungkin berada di dalam bilik atau ruang tamu.

Kredit: Hits Suara

Lelaki dewasa tersebut nampak tenang dan sibuk bermain “game” di telefon bimbitnya, manakala seorang budak kecil di sebelahnya sedang bermain seorang diri.

Kanak-kanak itu dilihat sedang berdiri dan duduk beberapa kali sambil menonton televisyen di hadapannya.

“Tempat tarikan tengah malam ya guys,” kata lelaki yang merakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu serentak dengan ayahnya, seperti dipetik dari Beritahits.id.

Si anak sempat mengacau ayahnya yang sedang fokus bermain telefon, namun ayahnya hanya terkejut seketika dan sambung bermain telefon semula.

Ketika si anak hendak meletakkan tangannya di atas bantal di hadapannya, dia kemudiannya telah terjatuh ke lantai. Budak lelaki itu jatuh secara ‘ freestyle ‘ dengan tangan di atas lantai dan kaki di udara.

Kredit: Hits Suara

Kepala kanak-kanak itu seolah-olah berada di atas lantai dan jatuh tersungkur sehingga badannya terlantar.

Si ayahnya pula seakan tidak menyedari kejadian itu apabila dia masih bermain permainan di telefon bimbitnya meskipun anaknya terjatuh.

Apabila budak kecil itu telah terbaring sepenuhnya di atas permaidani lantai, bapanya baru tersedar. Walaupun sudah tahu anaknya terjatuh sebegitu rupa, lelaki itu tetap bermain dengan telefon bimbitnya.

Sehingga anaknya mula berguling ke tepi, barulah lelaki itu mula menghentikan “game” itu dan meletakkan telefon bimbit di atas sofa.

Pada waktu itu, barulah ayah kanak-kanak tersebut bertindak menolongnya yang sedang berada dalam kesakitan.

Video itu juga menunjukkan si ayah yang sedang merakam detik di CCTV itu kelihatan sangat bangga dengan tindakan anaknya.

Anak kecil itu hanya mampu tersenyum malu.

“Ini orangnya, ini orangnya,” katanya.

Melihat di ruangan komen, kebanyakan netizen mengecam tindakan si ayah yang seronok bermain telefon sehingga mengabaikan anaknya.

Kredit: Instagram terangmedia
Kredit: Instagram terangmedia

Sumber: Hits Suara dan Instagram @terangmedia

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.