Siakap Keli
Kredit: Indozone

Kucing Bulu Lebat Harga Mahal? 4 Spesis Kucing Ni Tak Lebat Bulu Tapi Harga Mahal

Kucing bulu lebat merupakan haiwan peliharaan yang menjadi pilihan utama kebanyakan orang di seluruh dunia. Ramai orang yang suka membela kucing kerana kecomelan dan kecerdasan yang dimiliki.

Kecomelan kucing itu pastinya akan bertambah sekiranya ia memiliki bulu yang lebat. Ramai orang merasakan bahawa semakin lebat bulu kucing, maka ia semakin kelihatan comel dan menggemaskan.

Kebanyakan orang yang ingin membeli kucing akan menyangka bahawa nilai harga seekor kucing itu adalah mengikut ketebalan bulu yang dimilki oleh haiwan comel tersebut.

Hakikatnya, harga seekor kucing itu bukanlah mengikut ketebalan bulu yang dimilki. Sebaliknya, ia mengikut kepada beberapa faktor seperti spesis kucing tersebut.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kucing yang tidak mempunyai bulu yang lebat namun ia dijual dengan harga yang sangat mahal. Mari sama-sama kita lihat kucing tersebut dan ketahui alasan ia dijual dengan harga sedemikian.

1. Kucing Ashera

Kredit: Indozone

Ras kucing Ashera adalah kucing istimewa dan dianggap sebagai kucing termahal di dunia. Harga seekor kucing  ini bermula daripada RM 90674.70 hingga RM 51314297.55.

Alasan utama harga kucing tersebut dijual dengan sangat mahal adalah kerana jenis kucing itu. Kucing Ashera selamat untuk dipelihara oleh manusia kerana bulunya yang akan tidak menimbulkan sebarang alergi. Hal tersebut disebabkan Ashera termasuk dalam spesies hypoallegenic.

Kucing Ashera juga mempunyai sifat seperti anjing yang setia dan mudah diajari pelbagai teknik. Kucing ini sesuai dipelihara bagi seseorang yang inginkan haiwan peliharaan yang bijak dan comel.

2. Kucing Savannah

Kredit: Indozone

Kucing Savannah merupakan hasil daripada kacukan kucing domestik dengan kucing Afrika. Harga untuk mendapatkan kucing Savannah adalah bermula daripada RM412555.29 hingga RM1031534.00.

Kelebihan kucing Savannah ini adalah ia mempunyai bentuk badan yang gagah dan kental. Kucing ini juga tidak takut air seperti kucing lain. Seperti kucing Ashera, kucing Savanna juga mempunyai tingkah laku seperti anjing dan setia kepada pemiliknya.

3. Kucing Bengal

Kredit: Indozone

Kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai ciri-ciri penampilan yang unik seperti kucing hutan yang kecil. Memang kebanyakan kucing ini mempunyai bulu pendek, halus serta berwarna hitam coklat.

Untuk mendapatkan kucing Bengal, duit yang harus anda keluarkan adalah bermula dengan RM15919.09 hingga RM41255.53.

Kucing Bengal dijual dengan harga yang mahal kerana ia mempunyai warna bulu perak hingga kebiruan. Kucing Bengal ini dikenali sebagai kucing yang sangat aktif bergerak dan cerdas.

4. Kucing Toyger

Gambar via Google

Kucing Toyger adalah hasil kacukan kucing domestik dan kucing Bengal. Ras kucing ini sememangnya tidak mempunyai ukuran tubuh yang terlalu besar, namun bulu kucing inilah yang buatnya menarik untuk dipelihara.

Harga kucing Toyger sekitar RM 20621.93 dengan mempunyai keunikan bulu yang lembut untuk diusap. Ramai orang beranggapan bahawa membela Kucing Toyger adalah seperti memelihara seekor harimau kecil yang comel dan jinak.

Sumber: Indozone

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.