Siakap Keli

TERKINI: Harga Minyak Naik Lagi, RON 97 Naik 30 Sen

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) hari ini telah memaklumkan mengenai harga runcit produk petroleum bagi tempoh 10 hingga 16 Mac 2022.

Menerusi kenyataan tersebut, harga runcit bagi RON97 naik sebanyak RM0.30 sen daripada RM3.45 kepada RM3.75 seliter

Manakala, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan Diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Tambah kenyataan itu lagi, pengekalan harga RON95 dan diesel adalah usaha kerajaan dalam melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Sumber: MOF

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang