Bagi anda yang mempunyai kenderaan sendiri, sudah tentulah memandu ke pejabat atau ke tempat kerja menjadi pilihan utama, kan?
Namun, sejauh manakah kita sebagai pemandu tahu bagaimana cara untuk mengendalikan sesebuah kenderaan dengan betul.
Tak dinafikan, ada sesetengah orang selalu terlepas pandang tentang cara tukarkan ‘gear’ dengan step yang betul, khususnya ketika parking.
Oleh itu, hari ni Siakap Keli suka untuk kongsikan tips daripada seorang pengguna Tiktok, James Alatin.
Menerusi video Tiktoknya, dia kongsikan step yang betul untuk menukar ‘gear’ ketika parking.
Menurut James Alatin, penukaran terus pada ‘gear’ P kemudian tarik ‘handbreak‘ adalah tindakan yang salah.
Ikuti step yang betul dikongsikan beliau di bawah :
1. Tukarkan ‘gear’ anda kepada simbol ‘N’ terlebih dahulu.
2. Kemudian, tarik ‘handbreak’.
3. Akhir sekali baru tukarkan ‘gear’ anda kepada simbol ‘P’.
Untuk penerangan yang lebih jelas dan faham, boleh tonton video yang kami selitkan di bawah, moga bermanfaat.
@james_alatin Gear Yang Betul Masa Parking #Alatin#james_alatin #carmalaysia #education #tiktokmalaysia #tahukahanda #tinted #windowfilm#cermingelap #carmalaysia
BACA JUGA: (Video) Rupanya Ini Punca ‘Aircond’ Tak Sejuk, 3 Komponen Ni Selalu Terlepas Pandang
Sumber: Tiktok James Alatin