Siakap Keli

(Video) Rupanya Ini Punca ‘Aircond’ Tak Sejuk, 3 Komponen Ni Selalu Terlepas Pandang

Memiliki sebuah kereta semestinya diidamkan oleh semua orang tidak kiralah dari jenama apa, terpakai mahupun baru, asalkan boleh bergerak.

Tapi memiliki kereta bukanlah sekadar boleh bergerak semata-mata, banyak perkara lain yang kita perlu ambil tahu.

Menerusi video Tiktok oleh ‘pomen’ terkenal Muadz Mustafha, beliau kongsikan sebab kenapa ada kereta yang aircond sudah lagi tidak sejuk.

Menurutnya, ‘aircond‘ mempunyai tiga kompenen iaitu compressor, condensor dan cooling coil.

Maklum beliau, jika terdapat kebocoran pada cooling coil, pemilik perlu meninggalkan kereta mereka sekurang-kurangnya dua hari.

“Bukan semua ‘pomen’ pandai buat ‘aircond‘, ambil masa lama untuk cabut komponen yang ada.

“Saya nasihat untuk kalau ada masalah ‘aircond‘, pergi jumpa yang betul-betul pakar,” kata beliau.

Selain itu, bagitahu Muadz di ruangan komen, jika terdapat bau busuk pada ‘aircond‘ mungkin terdapat bangkai binatang di kabin dan lendir kotor yang terhasil dari cooling coil akibat tersumbat antara punca bau busuk keluar.

Untuk gambaran yang lebih jelas, boleh tonton video yang kami kongsikan di bawah. Semoga bermanfaat kepada semua pengguna.

@muadzmustafha

Aircond tak sejuk ni kenapa? #toyota #alphard #aircond #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Sumber: Tiktok Muadz Mustafha

Faiz Mustafa