Siakap Keli
Gambar: euronews.green

(Video) ‘Kembali’ Kepada Alam, Cara China Bina ‘Bandar Span’ Untuk Atasi Masalah Banjir

Kelangsungan hidup dan pembangunan manusia banyak bergantung kepada air. Malah, permintaan air global meningkat hampir lapan kali ganda antara tahun 1900–2010 hasil daripada faktor seperti pertumbuhan penduduk, pembangunan ekonomi dan peralihan dalam diet.

Tetapi bagi China, salah sebuah negara ekonomi paling pantas berkembang, sumber yang sangat kritikal untuk negara itu semakin berkurangan. China yang mempunyai populasi lebih 1.4 bilion ini memerlukan air untuk terus berkembang maju, namun sumber semakin terhad dan diburukkan lagi dengan masalah agihan yang tidak sekata.

Kini, selepas berdekad-dekad pembaharuan bandar dan pencemaran terjadi, China berdepan dengan dua masalah iaitu banjir dan kekurangan air bersih.

Keadaan menjadi semakin parah disebabkan perubahan cuaca global dan juga sungai-sungai yang tercemar akibat pembangunan. Walaupun China mempunyai banyak sungai, namun kerana pencemaran air-air ini tidak lagi boleh digunakan.

Penyelesaian serampang 2 mata

Walaupun begitu, mereka mempunyai cara tersendiri untuk membendung bencana tersebut daripada menjadi semakin teruk. Tidak membina tembok halangan besar seperti negara lain untuk menyelesaikan masalah banjir, mereka mengambil keputusan untuk kembali kepada alam sekitar.

Negara tersebut menaik taraf bandar di sana kepada ‘Bandar Span’ supaya mereka boleh ‘mengalu-alukan’ air yang datang berbanding menahan banjir menggunakan tembok besar.

Dengan kata lain, air hujan yang berpotensi menyebabkan banjir ini disimpan dalam satu ‘span mega’, kemudian ‘diperah’ untuk digunakan sebagai bekalan air bersih, sama ada untuk aktiviti sosial mahupun untuk kegunaan industri.

Kawasan di bandar span direka untuk menghadapi dan memproses air hujan dengan beberapa cara yang berbeza iaitu serap, simpan, dan keluarkan apabila perlu sedikit demi sedikit seperti span.

Manakala di Chongqing, ialah bandar span pertama yang memiliki sistem kawalan digital pintar yang mana membolehkan pihak bertanggungjawab untuk mengawasi rangkaian pembentung air dan stormwater mengikut waktu sebenar.

Dengan adanya sistem tersebut mereka boleh mengawal bagaimana aliran air kepada alam semula jadi secara lebih terperinci dan menganalisis bagaimana seluruh sistem ini berkerja di dalam cuaca yang melampau.

Pada tahun 2020, terdapat lebih 400 sungai yang membanjiri negara China dan kebanyakan antaranya lebih teruk berbanding sebelumnya. Hampir 50 juta rakyat yang terkesan daripada bencana tersebut.

Selain itu, berlaku kekurangan air di beberapa buah bandar kerana air keluar membanjiri bandar dengan terlalu cepat kerana sistem terlalu padat akibat kelajuan air yang melampau.

Anda boleh tonton video dibawah untuk lebih memahami bandar span yang dibina di China ini.

 

 

Sumber: Tomorrow’s Build, euronews.green

Zahirah