Siakap Keli
pelajar dipuji bantu
Gambar: TikTok @ayieeyyyyy

Sekumpulan Pelajar Dipuji, Gigih Bantu Mangsa Kemalangan & Tolak Kereta Rosak Walau Tengah Hujan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekumpulan Pelajar Dipuji, Gigih Bantu Mangsa Kemalangan & Tolak Kereta Rosak Walau Tengah Hujan

Pengalaman menuntut ilmu di menara gading merupakan salah satu momen paling menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.

Bermula di sini, kebanyakannya mula mengenal dunia luar dan belajar untuk ‘survive’ kerana semua dilakukan secara berdikari termasuklah pergi ke kelas.

Ada yang berjalan kaki, ada yang menaiki pengangkutan sehingga menggunakan kenderaan sendiri yang dibawa bersama untuk memudahkan urusan.

Namun, kadangkala pelbagai cabaran dan momen yang tidak dapat dilupakan, terjadi sewaktu berjihad di jalan Allah ini.

Seperti situasi yang dikongsikan oleh pemilik TikTok @ayieeyyyyy dalam satu hantaran di platform TikTok.

Kongsinya, ketika dalam perjalanan ke kelas, mereka secara kebetulan terserempak dengan mahasiswa yang terlibat dalam kemalangan. Berikutan hujan, dia berniat membantu mereka.

“Cerita hari ini, kebetulan masa nak pergi class nampak student accident tengok rasa kesiaan, jadi pergi la tengok mana tahu function boleh bantu kan, dalam hujan pulak tu,” tulisnya di TikTok.

BACA: Hajat Rasmi Pembukaan Tak Kesampaian, Barber Namakan Kedai “Manros” Sempena Nama Ibu Bapa

Bagaimanapun, tidak disangka-sangka ada juga pelajar lain yang mengalami nasib hampir serupa dengan keretanya rosak.

“Dan kebetulan juga ada dua kejadian masa tu, kereta pelajar perempuan, rosak tersidai tepi jalan jadi kami putuskan tolong bantu mereka tolakkan sambil mandi hujan.

“Kami letakkan kereta dulu dan rehat dekat tempat teduh sebab sejuk sangat sambil buat sesi temubual,” tulinya dalam video berkenaan.

Mahasiswa bantu pelajar
Gambar: TikTok @ayieeyyyyy

Bagaikan sudah tertulis olehNYA, mereka dibantu oleh seorang pensyarah sewaktu sedang berborak satu sama lain.

“Rezeki dalam masa yang sama Allah hadirkan kami seorang insan merupakan pensyarah yang berhati mulia, belanja kami makan dan minum sebab nampak kami kesejukan dekat luar cafe sambil puji tindakan kami.

“Siap semua makan kami keluar balik ingat nak jumper kereta pelajar tadi, tapi lepas jumper pulak terbakar, sangat-sangat tak membantu ya.

“Pemilik kereta nak bagi upah tapi kami tolak sebab kami tolong ikhlas sesama pelajar, akhirnya mereka mengalah juga,” katanya.

Gambar: TikTok @ayieeyyyyy

Selepas kejadian, dia turut menasihatkan setiap bantuan yang dihulurkan kepada insan yang memerlukan ketika kesusahan mestilah dalam secara ikhlas.

“Kesimpulannya, bantulah orang yang memerlukan saat kesusahan, kita tak tahu keesokan harinya kita macam mana, keikhlasan itu penting,” katanya.

Gambar: TikTok @ayieeyyyyy

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama memuji tindakan mereka yang ikhlas dalam menghulurkan bantuan.

Sebahagian netizen menyifatkan ia, satu momen yang tidak akan dilupakan oleh mereka setelah menginjak keluar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan.

Enjoy geng moment ni hahaha. Dah habis belajar nanti sumpah korang rindu. Rakam lah banyak-banyak biar lah orang nak cakap apa,” tulis seorang pengguna.

“Semoga dipermudahkan segala urusan kamu semua orang baik dan diperlancarkan segala yang sulit,” doa seorang pengguna lain.

“Memori ini yang akan diingat sampai tua. Tolak kereta dalam hujan. Bukan semua merasakan. Tahniah anak muda semua,” komen seorang pengguna lain.

@ayieeyyyyy

Semuanya berlaku random😆

♬ Masing Masing – Encik Senget

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 350,000 tontonan dengan lebih 42,000 tanda ‘Suka’ dengan pelbagai komen netizen.

Sumber: TikTok @ayieeyyyyy

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?