Siakap Keli
Gambar: stomp

Wanita Dakwa Pengurus Koperasi Minta ‘Badan’ Kerana Gagal Bayar Caruman Semasa Diserbu Polis Di Hotel

Seorang pengurus sebuah koperasi di Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia didakwa telah meminta pelanggan wanitanya untuk melakukan hubungan seks hanya kerana dia tidak mampu membayar hutang.

Kejadian itu terbongkar setelah Unit Polis Pegawai Negeri Sipil (Satpol-PP) Kabupaten Sumbawa membuat serbuan di sebuah hotel.

Dalam serbuan itu, pegawai telah menemui dua pasangan yang bukan suami isteri di dalam dua bilik berbeza.

Salah seorang daripadanya merupakan pengurus koperasi dan pelanggannya yang sudahpun mempunyai suami.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Sumbawa, Sahabuddin.

Menurut Sahabuddin, dalam serbuan di bilik 19 itu, seorang pengurus koperasi telah ditemui bersama pelanggan wanitanya.

Hasil pemeriksaan mendapati pelanggan itu pada mulanya tidak mampu membayar caruman hutang pinjaman koperasi sehingga akhirnya diminta untuk melakukan hubungan seks.

“Pelanggan tersebut tidak mampu membayar dan pengurus meminta bertemu di hotel untuk melakukan hubungan seks,” kata Sahabuddin.

Tambah Sahabuddin, pihaknya masih meneruskan siasatan kerana disyaki terdapat mangsa lain.

Perkara itu diketahui apabila pegawai bertindak memeriksa telefon bimbit pengurus dan mendapati banyak gambar dan perbualan dengan beberapa wanita lain.

“Kami mengesyaki ada beberapa mangsa lain kerana pengurus yang tidak bertanggungjawab itu berkata bahawa terdapat beberapa wanita dan terdapat banyak gambar dalam telefon bimbitnya,” kata Sahabuddin.

Sumber: Kompas.com

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.