Siakap Keli

Ini 13 Dokumentari Jenayah Menarik Yang ‘Wajib’ Korang Tonton Di Netflix

Bila sebut Netflix, mesti ramai tak tahu bahawa platform penstriman itu juga menyediakan pelbagai dokumentari jenayah yang menarik dan bermanfaat.

Dari politik, jenayah, sukan dan alam semula jadi, kebanyakan dokumentari itu memaparkan sisi berbeza sesuatu isu yang belum pernah diketahui oleh orang ramai terutamanya bagi dokumentari jenayah.

Kebiasaannya, dokumentari jenayah yang diterbitkan itu adalah berdasarkan kes-kes popular di dunia dan sesetengah darinya mungkin mempunyai pelbagai persoalan yang belum terjawab sehingga kini.

Bagi yang teringin nak tonton genre seperti itu, ikuti perkongsian pengguna Twitter, @shasharyzal yang telah menyenaraikan 13 dokumentari jenayah yang menarik untuk ditonton.

Lately ni aku suka layan crime documentaries kat Netflix so aku listkan la kat sini in case ada yang nak tengok.

1. Worst Roommate Ever – series ni ada 5 episod, setiap episod cerita pasal roommate paling jahat dan gila orang pernah experience. Paling teruk, yang kena bunuh.

2. Where is Marta – Kes ni paling misteri sebab sampai sekarang, pembunuh dah masuk jail tapi mayat Marta tak jumpa lagi. Yang ini in Spanish.

3. Vanishing At Cecil Hotel – Aku rasa ramai la kot dah tahu pasal kes Elisa Lam yang mati secara misteri kat water tank. Series ni pasal kisah hotel tu dan orang-orang yang terlibat masa kejadian tu berlaku.

4. The Puppet Master – Kalau korang nak tengok scammer paling real dan manipulative, this is the story. Takde orang mati dalam ni tapi sedih la sebab diorang kena manipulate kaw kaw. Dah macam kena buatan orang.

5. A Murder in West Cork – This one pasal kes pembunuhan Sophie, a French lady in Ireland. Dan bila tengok series ni kau mungkin akan syak one of orang yang diinterview is the real culprit.

6. The Ted Bundy Tapes – Sebelum ni aku baca gitu-gitu je kes Ted ni, tapi bila tengok series ni rasa f***** up juga. Like how charming can he be to lure women???

7. Don’t f*** with cats – Ni rasa ramai kot dah tengok. Aku tengok series ni rasa emo gila dengan si setan tu ye sebab dia memang attention seeker and psiko gila.

8. The Night Stalker – Docuseries ni pasal Richard Ramirez, one of the USA serial killer yang bunuh, rape perempuan in the 80’s.

9. The Sons of Sam – This one pasal David Berkowitz, kes jadi kat US jugak. But this one ada pasal satanic cult and conspiracy theory.

10. The Times Square Killer – I swear kalau aku hidup tahun 60’s-80’s aku mesti rasa US negara paling scary sebab how many serial killers kat US siot in this timeframe?????

11. The Ripper – Serial killer kat UK tahun 70-80’an. Cara dia kena tangkap tu aku rasa macam luck kat polis la kot sebab kalau tak memang confirm terlepas.

12. A Big Little Murder – Docuseries ni sedih. Sebab ni kes budak 8 tahun kena bunuh dekat sekolah in India. Bayangkan boleh kena bunuh kat sekolah.

13. Many suggest The Raincoat Killer – Ni dah tengok lama dah ni ha the thread about this. Best juga layan. Macam tengok kdrama crime tapi versi real.

Sumber: shasharyzal

Sofea

There's always another side to every story