Pihak bomba berjaya menemui mayat mangsa ketiga kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai, Ampang petang sebentar tadi.
Menurut Bernama, mayat mangsa ketiga itu berjaya dibawa keluar dari timbunan tanah runtuh tersebut kira-kira jam 11 malam tadi.
Bagaimanapun, dalam masa sama, mayat mangsa kedua iaitu seorang wanita warga emas yang ditemui lebih awal tadi disahkan telah meninggal dunia.
Sementara itu, semua penduduk di Taman Bukit Permai di situ ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Taman Mega Jaya buat masa ini.
Terdahulu, korban pertama tragedi tersebut telah berjaya ditemui dan dibawa ke Hospital Ampang kira-kira 10.15 malam tadi.
Imbas kembali, kejadian tanah runtuh yang berlaku di lereng bukit berhampiran taman perumahan tersebut telah menjejaskan 15 rumah serta 10 kenderaan.
#Tanahruntuh Ampang: Mayat mangsa ketiga dibawa keluar kira-kira pukul 11 malam – @bombaJBPM pic.twitter.com/5uRadZjr1M
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 10, 2022
Sumber: BERNAMA