Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Korban Pertama Kejadian Tanah Runtuh Taman Bukit Permai Tiba Di Hospital Ampang

Korban pertama mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai tiba di Hospital Ampang kira-kira 10.15 malam ini.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA melalui satu kemas kini ringkas di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, kejadian tanah runtuh dilapor berlaku di Taman Bukit Permai di Ampang, Selangor petang tadi.

3 orang dikhuatiri tertimbus manakala 2 lagi telah ditemui dalam kejadian tanah runtuh tersebut.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama