Susulan kejadian letusan yang terjadi di Gunung Merapi, Indonesia sejak Rabu lalu, beberapa video yang menunjukkan detik letusan gunung tersebut sempat beredar di media sosial.
Rakaman aktiviti letusan Gunung Merapi yang terletak di bahagian tengah Pulau Jawa ini turut dimuatnaik Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) Indonesia yang menunjukkan gunung berkenaan memuntahkan lahar dan debu panas.
Setakat jam 11.30 malam tadi, Ketua Komuniti Siaga Merapi (KSM) Desa Glagaharjo, Rambat Wahyudi memaklumkan bahawa seramai 193 penduduk termasuk warga emas dan kanak-kanak telah berpindah sendiri ke balai raya.
BPPTKG telah mengeluarkan amaran siaga (Tahap Tiga) berkait status aktiviti Gunung Merapi sejak 5 November 2020 sebagai langkah berjaga-jaga masyarakat setempat.
Kira-kira jam 11.18 malam semalam waktu tempatan, gunung berapi aktif berketinggian 2,963 meter itu dilaporkan masih mengeluarkan debu panas.
Awanpanas guguran #Merapi tanggal 7 Maret 2022 pukul 20.39 WIB tercatat di seismogram dengan amplitudo 34 mm dan durasi 158 detik. Jarak luncur 2.000 m ke arah barat daya. #MerapiSiaga sejak 5 November 2020#BPPTKG pic.twitter.com/nxZ0zhsF62
— BPPTKG (@BPPTKG) March 7, 2022
Awanpanas guguran #Merapi tanggal 10 Maret 2022 pukul 7.33 WIB tercatat di seismogram dengan amplitudo 55 mm dan durasi 172 detik. Jarak luncur ±2.000 m ke arah tenggara (Kali Gendol). #MerapiSiaga sejak 5 November 2020 pic.twitter.com/go5dDgVjEA
— BPPTKG (@BPPTKG) March 10, 2022
BACA JUGA: Gunung Merapi Dilapor Meletus, 193 Penduduk Larikan Diri
Sumber: BPPTKG