Gunung berapi paling aktif di tengah Pulau Jawa dengan ketinggian 2986 mdpl mengalami erupsi dan mengeluarkan muntahan setinggi 10 kilometer pada jam 11.30 malam tadi.
Seramai 193 penduduk di Kalitengah Lor, Sleman, Indonesia melarikan diri berikutan kejadian letusan Gunung Merapi yang berlaku sejak Rabu, lapor CNN Indonesia.
Gunung berapi paling aktif dan sangat berbahaya
Sebagai salah satu gunung berapi paling aktif, gunung ini juga sangat berbahaya kerana ia akan mengalami letusan setiap dua hingga lima kali tahun sekali serta turut dikelilingi oleh pemukiman yang padat.
Memetik laporan, sehingga kini penduduk masih memilih untuk tinggal di balai raya sebagai tempat perlindungan sejak status Merapi meningkat kepada Standby (Tahap III) pada November 2020.
Terdahulu, Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) telah mengesan peningkatan aktiviti seismik di gunung berapi tersebut pada tengah malam Rabu.
Satu siri longsoran abu panas kemudian muncul sepanjang tempoh itu.
Jarak luncuran Gunung Merapi paling jauh sejak November 2020
“Longsoran abu panas dirakam pada seismogram dengan amplitud maksimum 75 mm dan tempoh maksimum 570 saat.
Jarak luncuran pula adalah 5 km ke tenggara, arah angin ke barat laut,” kata Ketua BPPTKG, Hanik Humaida.
Difahamkan, jarak luncuran itu adalah paling jauh sejak gunung berapi tersebut diletakkan dalam status standby pada November 2020.
Sementara itu, BPPTKG juga turut merekodkan kejadian ‘hujan’ abu yang menyelimuti beberapa kawasan termasuk Desa Tlogolele di Kecamatan Selo, Kabupaten Boyolali dan Desa Gantang.
Dalam laporan lain, Gunung Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta itu juga telah mengeluarkan abu panas sebanyak 11 kali pada pagi ini.
Jumlah itu berdasarkan data pemantauan yang dilakukan oleh BPPTKG dari jam 12.00 hingga 6.00 pagi.
“Data mendapati bahawa longsoran abu panas itu berlaku 11 kali dengan jarak meluncur 2 meter ke arah tenggara,” kata Ketua BPPTKG, Hanik Humaida.
Berdasarkan data seismogram, longsoran abu panas itu tercatat dengan durasi maksimal selama 192 saat.
Selain itu, dua longsoran lava pijar juga berlaku dan ia menuju ke arah tenggara dengan jarak gelongsoran maksimum 800 meter.
Potensi bahaya
Susulan itu juga BPPTKG telah mengeluarkan amaran potensi bahaya Gunung Merapi di bahagian selatan-barat daya meliputi Sungai Boyong sejauh maksimum 5km dan sungai Bedog, Krasak, Bebeng maksimum 7km.
Tidak cuma itu, bahagian tenggara juga akan terjejas iaitu meliputi Sungai Woro sejauh maksimum 3km dan Sungai Gendol sejauh 5km.
“Sekiranya berlaku letupan, muntahan bahan gunung berapi boleh mencapai radius 3km dari puncak,” kata Hanik.
#Merapi Volcano Java, eruption, visible for a short moment, 10.03.2022, 00:47, 4x speed
source; cam Bukit Klangon pic.twitter.com/DvO5vwby1m— Rita Bauer (@wischweg) March 9, 2022
Detik-Detik Erupsi Gunung Merapi, Luncuran Lava Pijar Capai 5 Km. pic.twitter.com/YdQ2mmkttm
— Liputan6.com (@liputan6dotcom) March 10, 2022