Siapa sahaja yang tidak mengenali air Starbucks. Jenama ini dilihat menjadi salah satu minuman yang popular di Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan minuman paling digemari dalam masyarakat terutamanya golongan muda.
Bukan apa, minuman yang dikeluarkan oleh syarikat ini selalunya tidak mengecewakan. Bermula dengan air jenis frappe, kisar (blended), panas (hot) dan juga (cold) sejuk, kesemuanya sangat menarik dan membangkitkan selera untuk membelinya. Malah, ada juga yang sanggup ‘menyimpan’ duit semata-mata untuk membeli air daripada francais ini.
Namun tidak dinafikan, mungkin masih ada yang sebenarnya ingin mencuba air Starbucks tetapi tidak tahu bagaimana untuk membelinya. Sama ada memang tidak tahu, atau ‘segan-segan’ nak beli sebab belum cukup ‘faham’ prosedurnya.
Jangan risau, menerusi video perkongsian Logan XMEN, kali ini ada ‘tutorial’ mudah cara untuk memesan air di Starbucks. Apa yang menariknya, pemuda ini siap kongsi cara dan turutan memesan pembelian dengan lebih terperinci. Semoga bermanfaat!
Tak Reti Nak Pesan Air Starbucks? Abang Ni Kongsi Cara Mudah Nak Buat Pesanan
1. Berapa air mahu beli?
2. Ketahui jenis air yang anda mahu beli, sama ada sejuk, panas atau kisar (blended).
3. Pilih saiz, sama ada grande (medium) atau venti (large).
4. Sebut air apa yang anda nak, boleh rujuk menu.
5. Sesi offer-offer, iaitu sama ada anda mahu tambahan lain atau pun tidak, iaitu caramel drizzle, whipped cream atau cold foam.
6. Ice blended sebenarnya sudah ada whipped cream bagi air panas dan sejuk sahaja yang kena bayaran tambahan sekirannya ingin whipped cream.
7. Bagi nama, kalau boleh tolong berikan ejaan nama sekiranya tidak mahu pekerja tersalah ejaan.
8. Kalau dah habis order cakap tak ada apa-apa dah nak tambah.
9. Sesi offer-offer part 2.
10. Pastikan pekerja ulang balik anda mahu air apa, pastikan tiada kesalahan dalam pesanan yang dibuat.
11. Buat pembayaran dan siap.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton perkongsian video di bawah.
@jawneyyy Reply to @cynderella3 goodluck! 🤩
BACA JUGA: (Video) Asyik Roti Je? Lelaki Ni Kongsi Cara ‘Order’ Menu Salad Kat Subway, “Sedap Tau, Try La…”
Sumber: Logan XMEN & TikTok Jawney Starbies