Satu video tular memaparkan kejadian tanah runtuh yang dipercayai berlaku di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor sebentar tadi.
Menerusi video tular tersebut, terdapat 15 buah rumah didakwa terjejas, manakala dua daripadanya dilapor tertimbus.
Malah difahamkan, 10 buah kenderaan juga dipercayai turut terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu.
Rakaman tersebut dipercayai dirakam orang awam sebelum tular di media sosial.
Bagaimanapun punca kejadian serta maklumat lanjut tidak dikenal pasti setakat ini.
Berita lanjut menyusul.
Kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor petang ini.
15 buah rumah terjejas dengan dua daripadanya dilaporkan tertimbus selain 10 kenderaan.
Video : Orang Awam pic.twitter.com/jBTG9W5UYB
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 10, 2022
Sumber: Orang awam via Twitter