Siakap Keli
Gambar via Metro UK

Ibu Tekad Berhenti Kerja, Bawa Keluarga Mengembara Satu Dunia & Hidup Secara ‘Nomad’

Menjadi manusia yang bebas mengembara ke serata dunia tanpa menghiraukan hal-hal lain adalah impian semua orang. Namun seorang ibu dari Leicester berjaya menjadikannya sebagai realiti.

Menurut Metro UK, ibu berkenaan, Leona Burton, 36, mengambil keputusan berhenti kerja dari sebuah syarikat korporat hanya semata-mata mahu pergi mengembara bersama-sama suami dan lima anaknya.

“Dia meninggalkan bandar dan travel satu dunia secara nomad,” tulis Metro UK.

Leona bersama suaminya, Lee, 35, telah menghabiskan masa selama empat tahun dengan mengembara ke seluruh dunia bersama anak-anak iaitu Kian, 18; Kye, 16; Enna, 14; Olana, 8; dan Elis, 5.

Difahamkan, segalanya bermula pada 2018 lalu apabila Leona berasa letih dan tertekan dengan tekanan kerja hingga menjejaskan kesihatan mentalnya. Sebab itulah dia tekad meletak jawatan dan buat perubahan besar.

Sebaik sahaja berhenti kerja, Leona dan Lee tekad menjual semua barangan yang mereka miliki sebelum memutuskan untuk meninggalkan UK. Mereka berpendapat, ia adalah satu keputusan terbaik pernah mereka lakukan.

Walaupun COVID-19 memberi kesan kepada pengembaraan mereka, namun pada tahun lalu sahaja keluarga ini telah berjaya menjelajah ke hampir ‘sedozen’ kawasan seperti Sepanyol, Republik Dominican (Caribbean), Florida (US), Carolina Selatan (US) dan Mexico.

Difahamkan, cara mereka mengembara dan hidup secara nomad sangat unik. Mereka akan menyewa mana-mana vila atau pangsapuri sebagai tempat tinggal, selain turut menyewa kereta atau menaiki kapal terbang untuk bergerak ke mana-mana.

Gambar: Metro UK

BACA JUGA: (Video) Guna Tiga Cara Asas Ini Untuk Kurangkan Perbelanjaan Semasa ‘Travel’

“Saya menjadi nomad digital kerana mahu anak-anak saya merasai bagaimana perasaan menjadi bebas di luar norma keadaan semasa kami (bekerja) sebelum ini.

“Kami mahu mereka menjelajah dan menikmati dunia,” katanya.

Selain itu, menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan membesarkan lima anak ketika sedang hidup secara nomad sebegini bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun dakwanya, dia percaya bahawa pembelajaran (pendidikan) di rumah adalah lebih baik jika dilakukan (secara jalanan) di luar.

“Berjalan di luar mungkin akan menjadikan mimpi ngeri kepada kami seperti adegan dalam filem Home Alone, di mana mereka akan berlari dengan teruja mengemas beg pakaian masing-masing.

“Pada kebiasaannya, kami agak sibuk pada waktu pagi dengan sesi pembelajaran, namun kadang-kadang kami juga melakukan kelas kesedaran,” katanya.

Jelasnya, dengan cara pembelajaran sebegini, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengenalkan anak-anaknya mengenali dunia.

Tidak cukup dengan itu, pengembaraan di hutan juga sudah menjadi aktiviti pembelajaran kegemaran bagi mereka.

“Selepas penat meneroka hutan, dalam tidak sedar kami telah berada di kawasan air terjun pada sebelah petang, memberi makan kepada monyet liar di Mexico atau memotong tebu yang dituai oleh kami sendiri.

“Dengan cara ini, anak-anak kami akan membesar dengan berfikiran terbuka.

“Ia mungkin tidak akan sempurna, tetapi saya rasa saya sedang mencari kaedah terbaik untuk mendidik anak-anak saya di luar kelas fizikal,” katanya.

Imbas kembali, semasa COVID-19 sedang memuncak, keluarga pengembara nomad ini pernah terperangkap di Marbella, Sepanyol selama setahun.

Namun tempoh kuarantin secara terpaksa itu dikatakan lebih menguatkan lagi keinginan mereka untuk terus hidup sambil mengembara.

Gambar: Metro UK

Sumber: Metro UK

Faiz Mustafa