Siakap Keli
Gambar: FB Khairul Jamain & via Google

(Video) Guna Tiga Cara Asas Ini Untuk Kurangkan Perbelanjaan Semasa ‘Travel’

Melancong? Mengembara? Siapa sahaja tidak suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara ini. Lebih-lebih lagi kalau usia masih muda sudah tentu minat untuk melancong dan mengembara ini makin membuak-buak.

Melancong merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan. Bagi sesetengah orang, melancong adalah terapi buat mereka untuk menghilangkan tekanan. Ada juga yang jadikan traveling ini sebagai salah satu titik permulaan mereka untuk memulakan sesuatu perkara yang baharu.

Begitu juga dengan seorang backpacker terkenal ini, iaitu Khairul Jamain (KJ) seperti dalam gambar di atas.

Menerusi satu siaran langsung KJ bersama-sama SK TV, dia ada berkongsikan pengalaman dia sepanjang menjadi seorang backpacker. Bukan setakat pengalaman yang dikongsikan oleh KJ, malah ada juga beberapa tips untuk para backpackers.

Menurut KJ, dia memutuskan untuk berhenti kerja dan keluar mengembara selama hampir tiga tahun setengah.

Pada tahun 2015, KJ membuat keputusan untuk berhenti kerja demi menjadi seorang backpacker. Tempat pertama yang dijejaki oleh KJ luar dari Malaysia adalah Bangkok, Thailand.

Duit ada tapi tak banyak jadi kena pandai ‘manage’, KJ guna 3 cara asas ini

  1. Pengangkutan – gunakan public transport semasa traveling.
  2. Penginapan – Fokus duduk hostel dan juga wild camping.
  3. Makanan – Cuba buat banyak volunteer, jadi akan ada tempat tinggal dan makanan.

Menurut KJ hampir-hampir 18 ke 19 buah negara yang pernah dia lawati setakat ini. Jelasnya, negara yang paling seronok untuk travel adalah di Jepun dan Afrika.

Body language adalah lebih penting berbanding cakap ‘omputih’

Menurut KJ tak pandai bahasa Inggeris bukanlah masalah untuk kita travel ke negara orang. Asalkan tahu bahasa isyarat badan dah cukup untuk kita travel.

Persediaan untuk menjadi seorang backpacker

Apa yang paling penting untuk jadi seorang backpacker menurut pandangan KJ adalah dengan mempunyai persediaan mental. Bagi mereka yang baru ingin menjadi seorang backpacker, adalah lebih baik jika mulakan dengan hiking terlebih dahulu.

Menurut KJ, hiking ini mengajar kita untuk lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai dugaan. Hiking juga mengajar kita untuk menjadi lebih kuat lebih-lebih lagi dari segi mental.

Menarik bukan? Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh tonton ulangan siaran langsung di bawah.

Sumber: SK TV

Nadhirah