Siakap Keli

(Video) Tekan Butang “Test” Sebelum Guna Water Heater, Cara Nak Cek Selamat Diguna Atau Tak

Rasanya kebanyakan orang ada memasang water heater atau pemanas air di rumah kan? Paling tidak pun, pernah menggunakannya semasa menginap di hotel atau pusat peranginan.

Memang selesa sangat kalau mandi dengan air suam. Tetapi, seperti alatan lain, alat pemanas air ini juga menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi.

Jadi, sebelum menggunakan pemanas air elektrik ini, sangat penting untuk memastikan tiada kerosakan berlaku pada alat ini dan ia selamat digunakan.

Menerusi video yang diunggah di akaun Tiktok Sam Suresh menunjukkan cara nak periksa sama ada ‘water heater’ ini selamat atau tidak untuk digunakan. Caranya sangat mudah, korang boleh lakukan sendiri di rumah atau di mana sahaja.

Perkara pertama yang korang kena lakukan adalah dengan menekan butang ‘test’ pada alat tersebut. Selepas tekan butang tersebut dan didapati tidak ada lampu menyala, maka ia selamat digunakan.

Jelas lelaki ini, fungsi ‘test’ tersebut untuk menyekat aliran elektrik dan memeriksa sama ada berlaku kebocoran atau tidak. Jika tiada lampu yang menyala, boleh teruskan dengan menekan ‘reset’ dan boleh digunakan seperti biasa.

Untuk lebih info, tonton video di bawah.

@samsureshx

#stitch with @Science

♬ original sound – Sam Suresh – Sam Suresh

BACA: Suami Isteri Ditemui Mati, Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Dalam Bilik Air

Sumber: SamSuresh

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.