Siakap Keli
Gambar: kalteng.tribunnews

Dituduh Curi Buah Mangga, Lelaki Maut Dibelasah Orang Ramai

Seorang lelaki dilaporkan maut dibelasah oleh penduduk kampung dalam kejadian yang berlaku di Kabupaten Kubu Raya, Kalimantan Barat selepas dituduh mencuri buah mangga.

Berdasarkan kronologi kejadian, tragedi itu bermula apabila mangsa dan rakannya berteduh di rumah kosong kerana hujan sebelum ternampak pokok mangga di kawasan berdekatan.

Tidak tahan melihat mangga yang ranum, rakan mangsa bertindak naik ke atas pokok dengan niat untuk mengambil buah itu, manakala mangsa hanya menunggu di bawah pokok itu sahaja.

Namun malangnya, perbuatan mereka telah diketahui oleh penduduk di kawasan sekitar. Mereka telah dituduh sebagai pencuri dan dibelasah oleh sebilangan penduduk sehingga akhirnya mangsa meninggal dunia.

Setakat ini, polis daerah Kubu Raya telah menahan tiga orang suspek utama yang melakukan penganiayaan terhadap mangsa.

Setelah ditanya berkenaan motif penganiayaan itu, mereka bertiga menjawab bahawa tindakan itu dilakukan secara spontan. Setelah mendengar pencuri ditangkap oleh penduduk, ketiga-tiga suspek terus membelasah dan menghakimi perbuatan mereka.

Salah seorang suspek memberitahu bahawa dia pada mulanya agak emosi kerana mangsa tergagap ketika menjawab soalan yang diajukan.

Oleh itu, suspek merasakan bahawa mangsa berbohong berkenaan setiap jawapan yang diberikan sekaligus menaikkan emosi marah suspek.

“Pada mulanya saya nampak mereka berdua berteduh di rumah itu, kemudian tiba-tiba tinggal salah seorang sahaja. Bila saya tanya kepada mangsa, dia jawab berbelit-belit dan berbohong.

”Dia berkata bahawa kawannya itu sedang kencing sedangkan ketika ditangkap, rakannya itu berada di atas pokok,” katanya.

Disebabkan tidak dapat dapat menahan rasa marah, dia akhirnya bertindak memukul mangsa dengan tangan pada awal pagi itu.

”Saya memukulnya satu kali menggunakan tangan dan terkena pada bahagian kepala,” katanya.

Sumber: Tribun News

Akhmar Ikmal