Siakap Keli

TERKINI PRN JOHOR: Keputusan TIDAK RASMI, BN Mendahului 43 Kerusi DUN

Terkini, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Johor hari ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) telah memenangi 43 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia sekaligus memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Menerusi kemaskini yang dikongsikan oleh Astro Awani setakat jam 8.47 malam ini. BN menang di Sungai Balang, Layang-layang, Machap, Semerah, Pemanis, Kukup, Bukit Kepong, Paloh, Benut, Puteri Wangsa, dan Senggarang

PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN kali ini layak mengundi hari ini.

Sehingga 4 petang tadi, separuh daripada jumlah pengundi biasa itu melaksanakan tanggungjawab mereka di pusat-pusat pengundian.

Sumber: Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.