Siakap Keli
guna GPS kereta masuk sungai
Gambar: Google & The Thaiger

Terlalu Fokus Ikut GPS, Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai

Sebuah kereta terjunam ke dalam sungai gara-gara pemandunya terlalu fokus melihat alat Navigator Global Positioning System (GPS) atau navigasi GPS dalam kejadian yang berlaku di Thailand, baru-baru ini.

Menurut The Thaiger, pemandu berusia 39 tahun itu berkata bahawa matanya lebih tertumpu mengikut laluan yang dipandu oleh GPS kerana dia tidak biasa melalui kawasan di wilayah timur Nakhon Ratchasima.

Pada hari kejadian, lelaki berkenaan bersama ahli keluarganya sedang dalam perjalanan pulang setelah melawat rakan-rakannya di wilayah tersebut.

Ketika memandu dalam laluan yang gelap, dia sepatutnya melakukan pusingan U tetapi GPS kemudian mengarahkannya untuk memandu secara terus.

Dia mengikuti arahan GPS berkenaan tanpa menyedari kenderaan yang dipandunya menjunam ke dalam terusan yang dikenali sebagai La Boriboon Canal.

Pihak polis dan penyelamat setempat yang tiba di tempat kejadian telah menunda kenderaan tersebut naik ke darat dan mendapati terdapat kerosakan di bahagian depan kenderaan.

Manakala, pemandu bersama empat orang penumpang dilaporkan berjaya keluar dari kenderaan pacuan empat roda itu dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Kejadian sama berlaku kepada seorang lelaki di Pathum Thani, Thailand, apabila lori membawa muatan pasir yang dipandunya terjunam ke dalam sungai setelah mengikut arahan GPS.

Pemandu bernama Wittiwat, 23, berkata, dia telah menyeberangi jambatan kayu seperti yang diarahkan oleh GPS walaupun keadaan jambatan itu dilihat cukup usang.

Katanya, ketika melalui jambatan yang sempit itu secara tiba-tiba lorinya senget dan terjunam ke dalam sungai.

Penduduk di kawasan itu telah berjaya untuk menyelamatkan dan menarik lori menggunakan lori kren keluar dari sungai.

Mangsa yang dibawa ke hospital berhampiran hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut.

Sumber: The Thaiger

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.