Siakap Keli

Motosikal Hilang Berjaya Dikesan Dalam Masa 2 Jam, Pemuda Dedah Kelebihan Pasang GPS Tracker Pada Kenderaan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jenayah kes kecurian kenderaan saban hari makin membimbangkan. Boleh dikatakan, hampir setiap hari pasti berlaku kes-kes kecurian tersebut yang melibatkan beberapa jenis model kenderaan yang ‘panas’.

Terdapat banyak jenis kenderaan yang menjadi mangsa, termasuklah motosikal, kereta, van, pacuan empat roda hatta lori sekalipun. Senang kata, asal boleh buat duit, semua mereka ‘sapu’.

Bagaimanapun, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Vehicle Thief Reduction Council of Malaysia (VTREC), kenderaan yang paling banyak dicuri saban tahun adalah motosikal.

Grafik: VTREC

Jika merujuk kepada statistik di atas, motosikal mencatatkan kadar kecurian paling tinggi berbanding kereta persendirian dan kenderaan komersial.

Bagaimanapun, hasil kerjasama pihak berkuasa dalam usaha membanteras jenayah kecurian kenderaan ini, didapati kadar kes menurun dari tahun ke tahun, seperti di bawah.

Grafik: VTREC
Grafik: VTREC

Lebih ‘mengerikan’ lagi, model motosikal yang ‘menjuarai’ ranking paling tinggi dicuri untuk tempoh dua tahun berturut-turut adalah Yamaha 135 LC.

Meskipun angka yang dicatatkan mengalami penurunan, namun kes tetap berjalan seperti biasa dan hingga ke hari ini, ada juga kes kecurian kenderaan yang melibatkan motosikal.

Apakah jalan selamat bagi pemilik motosikal?

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Tambahan pula kita hidup di zaman teknologi, segalanya akan jadi lebih mudah.

Tahukah anda, sebagai pemilik dan penunggang, antara kaedah paling berkesan untuk memastikan motosikal anda selamat (Insya-Allah) daripada dicuri adalah dengan memasang pengesan Global Positioning System (GPS tracker).

Baru-baru ini, seorang warga Twitter, Wan Haziq berkongsi tentang pengalaman motosikalnya dicuri tapi nasibnya baik kerana hasil memasang alat peranti tersebut, ia berjaya ditemukan semula dengan bantuan pihak polis.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

 

Di bawah ini adalah gambar-gambar ketika motosikalnya dijumpai di rumah suspek.

Lokasi motosikal dijumpai di rumah suspek. Gambar: Wan Haziq
Rangka motosikal yang pernah dicuri sebelum ini. Gambar: Wan Haziq

Menurut Haziq, kes kecurian ini dipercayai melibatkan dua (2) orang suspek. Seorang tukang curi manakala seorang lagi tukang ‘kopak’.

Suspek yang diberkas seperti gambar di atas adalah tukang kopak, manakala si tukang curi telah pulang ke rumah selepas selesai ‘tugasnya’.

Difahamkan, rumah tersebut didakwa seakan rumah stor simpanan barangan katering. Sebab itu banyak cawan katering ada di sini.

Apa yang beliau gunakan?

Haziq menggunakan GPS tracker yang dikeluarkan oleh Pitstop. Menariknya, alat tersebut boleh dihubungkan terus dengan telefon pintar. Jadi kita boleh sentiasa semak kedudukan motosikal kita hanya melalui paparan skrin telefon dari semasa ke semasa.

Ini adalah turutan pembelian dan pemasangan.

Paparan gambar resit lebih jelas. Gambar: Wan Haziq

Nak pasang tracker ini di mana ye?

Untuk lebih selamat, anda kena pasangnya di bahagian yang tersorok. Biar tiada siapa pun yang tahu.

Hasil bantuan pengesan tersebut, Haziq bersama pihak polis dapat mengesan motosikalnya yang berada di sebuah lokasi.

Malah selain itu, ada juga ‘mangsa’ lain yang turut berjaya dijumpai.

Difahamkan, bagusnya alat ini adalah ia bukan sahaja boleh dipasang di motosikal, malah semua jenis kenderaan lain pun boleh.

Ekoran perkongsiannya itu yang mencapai kira-kira lebih 14,000 retweet dan lebih 10,000 tanda likes, maka ramai netizen lain turut berminat dan bertanyakan beberapa soalan seperti di bawah.

Anda juga boleh merujuk beberapa perkara di bawah ini.

Baru tahu, dia bukan saja berfungsi untuk mengesan lokasi malah banyak lagi fungsi lain yang sangat membantu.

Oh ya. Ada yang bertanya, kalau pencuri tu boleh ternampak tracker tersebut, mungkin dia akan cabut dan motosikal dibawa lari.

Tapi apakah cara lebih selamat?

Begitulah perkongsiannya. Orang kata, malang ini tidak berbau. Ia senyap, tahu-tahu ‘datang’.

Jadi sebelum hujan turun, bukankah lebih baik kita sediakan payung, kan ?

Sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan, bagi yang memiliki motosikal, anda dinasihatkan untuk memasang alat pengesan ini di jentera anda.

Kita cuma berusaha. Insya-Allah selamat.

GPS Tracker boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Sumber: Wan Haziq & VTREC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.