Siakap Keli

Ukraine Dakwa Rusia Bedil Masjid Sultan Suleiman Di Mariupol, Jadi Tempat Perlindungan Lebih 80 Orang Awam

Kementerian Luar Ukriane mendakwa tentera Rusia telah membedil Masjid Suleiman yang menjadi tempat perlindungan lebih 80 orang awam termasuk kanak-kanak dan warga Turki, pada Sabtu.

Menerusi satu ciapan daripada kementerian tersebut, Masjid Sultan Suleiman terletak di Mariupol.

Bagaimanapun, tiada laporan tentang mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Rusia sebelum ini telah melancarkan operasi khas ke atas beberapa wilayah Ukraine khususnya di Luhansk dan Donetsk selepas mendakwa pemerintah kedua-dua wilayah itu memohon bantuan perlindungan daripada pihaknya.

Luhansk dan Donetsk merupakan dua wilayah Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Rusia. Terdahulu, kedua-dua wilayah ini telah mengisytiharkan kemerdekaan dan ia mendapat pengiktirafan Rusia.

Tindakan Rusia melancarkan serangan ke atas negara jirannya itu menyaksikan negara-negara barat diketuai oleh Amerika Syarikat telah melancarkan pelbagai sekatan ke atas perniagaan dan individu-individu penting yang mempunyai kaitan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Antara sekatan yang mencuri tumpuan adalah yang dikenakan oleh United Kingdom ke atas Roman Abramovich yang juga merupakan pemilik kelab EPL, Chelsea FC.

BACA: “Terima Kasih Gimnastik”, Selepas 25 Tahun, Farah Ann Umum Bersara Hari Ini

Sumber: NDtv

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.