Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mengesahkan telah bersara dalam sukan ini menerusi kiriman daripada laman Instagramnya.
Tulisnya, ia merupakan satu keputusan yang sukar kerana sudah 25 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan dan pernah mendapat pencapaian terbaik ketika beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 lalu.
“25 tahun lalu, seorang anak kecil mengambil keberanian dan menyertai dunia gimnastik. Terpesona untuk menjadi seorang gimnas, saya memulakan perjalanan yang akhirnya menjadi minat terbesar dalam hidup saya.
Gimnastik akan sentiasa menjadi sebahagian daripada saya, kerana ia akan selalu menjadi minat saya. Bahkan, saya berharap dapat memberikan sesuatu kembali kepada sukan ini. Saya mungkin bersara sebagai atlet tetapi saya akan sentiasa terus terbabit dalam dunia sukan.”

Sumbr: Ig Farah Ann