Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guru Teruja Terima Meja Baharu, Ucapan Terima Kasih Buat Fadhlina Sidek Raih Perhatian

MEJA
Kredit: Threads @thetehoriginal
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kegembiraan sekumpulan guru menerima kemudahan baharu di bilik guru mengundang perhatian pengguna media sosial apabila mereka tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat ruang kerja yang kini lebih selesa.

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna @thetehoriginal, guru berkenaan merakamkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, atas peruntukan bagi kerja-kerja membaik pulih bilik guru.

Menurut perkongsian itu, kemudahan yang disediakan termasuk meja baharu, cat baharu, pintu baharu serta jeriji besi bagi meningkatkan keselesaan guru.

Kredit: Threads @thetehoriginal

Malah, suasana ceria jelas terpancar apabila para guru dilaporkan tersenyum gembira menerima perubahan tersebut.

Bagaimanapun, pengguna berkenaan memaklumkan masih terdapat keperluan untuk kira-kira 20 unit meja tambahan bagi memastikan semua guru dapat menikmati kemudahan yang sama.

“Kalau dapat dalam 20 unit meja lagi, akan lengkap untuk semua guru dapat meja baharu yang cantik dan selesa. Bawa bersabar ya, kawan-kawan lain,” menurut perkongsian itu.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran berkenaan turut mendapat respons daripada orang ramai yang menyambut baik usaha meningkatkan keselesaan warga pendidik.

Malah, seorang pengguna Threads, @thetehoriginal, turut memberikan komen ringkas, “Macam ini cun, kawan.”

Kredit: Threads @thetehoriginal

Fadhlina turut membalas perkongsian berkenaan dengan ucapan ringkas yang mencuri perhatian.

“Sama-sama cikgu. Kirim salam semua,” respons beliau.

Kredit: Threads @thetehoriginal

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @cikryusniper, berkongsi pengalaman sekolahnya yang turut menerima peruntukan untuk menaik taraf kemudahan sekolah sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, sekolah lamanya menerima dana sebanyak RM200,000 bagi membaik pulih dewan kira-kira tiga tahun lalu, manakala sekolah tempatnya bertugas kini sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian makmal sains tulen, bilik gerakan, bilik guru dan pondok pengawal.

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi positif daripada pengguna lain yang melihat kemudahan tempat kerja yang selesa sebagai satu bentuk penghargaan kepada guru.

“Untunglah dapat meja kubikel dengan ruang yang besar. Boleh letak macam-macam,” komen pengguna, @sasmuhd.

Seorang pengguna, @sharmilabeekamal, pula meluahkan rasa gembira melihat guru mendapat kemudahan yang lebih baik.

“Sebagai seorang ibu, saya turut gembira untuk guru-guru. Semoga tempat mereka semakin selesa dan mereka terus bersemangat mendidik,” katanya.

Sementara itu, pengguna @pohonhijauitu turut berharap agar para guru sentiasa diberikan kemudahan yang sewajarnya.

“Alhamdulillah. Para guru selayaknya mendapatkan kemudahan yang baik atau lebih baik. Semoga cikgu-cikgu terus bersemangat mendidik anak bangsa,” katanya.

Perkongsian itu sekali gus memperlihatkan bagaimana penambahbaikan kemudahan di sekolah mampu membawa kegembiraan kepada guru, selain mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa untuk mereka terus mendidik generasi akan datang.

Sumber:Threads
Intipati
  • Sekumpulan guru teruja menerima meja baharu dan penambahbaikan kemudahan di bilik guru.
  • Perkongsian itu merakamkan penghargaan kepada Fadhlina Sidek atas peruntukan membaik pulih sekolah.
  • Pengguna media sosial menyambut baik usaha menyediakan persekitaran kerja lebih selesa untuk guru.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan