Siakap Keli
Gambar via Oddity Central

Serius Nak Tamat Zaman Bujang, Lelaki Cari Jodoh Guna Papan Iklan Gergasi

Seorang lelaki di London dilapor cari jodoh dengan cara iklankan diri di papan iklan gergasi di stesen kereta api bawah tanah, lapor Oddity Central.

Menurut laporan, iklan tersebut diletakkan di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Oxford Circus, London.

Menerusi iklan yang dipamerkan, kelihatan imej seorang lelaki berpakaian sut merah jambu dengan kapsyen bahawa dia sedang mencari calon isteri yang sesuai.

Lelaki diberi nama A (bukan nama sebenar) yang berusia 31 tahun itu menegaskan bahawa dia serius dalam mencari jodoh untuk dirinya sendiri.

Malah, menerusi papan iklan itu turut dinyatakan laman web ‘FindAawife.com’ iaitu satu laman untuk memudahkan orang ramai mencarikan calon isteri untuknya.

Lebih menghiburkan, A turut menulis kata-kata bahawa jika sesiapa menjadikan dia sebagai suami, ia ibarat membawa pulang calon suami yang paling baik dari India.

“Anda akan membawa pula calon suami terbaik dari India,” tulis iklan tersebut.

BACA JUGA: “Lamaran Paling Minimum,” Tular Lelaki Lamar Kekasihnya, Siap Bawa Motosikal Sebagai Hadiah

Pada awalnya iklan itu tidak dibenarkan

Difahamkan, sebelum dia berjaya membuat papan iklan itu, pihak stesen kereta api bawah tanah London tidak memberi keizinan untuknya menampal iklan tersebut.

Hal ini kerana pihak mereka menyangkakan bahawa iklan itu bertujuan untuk mempromosikan makanan segera.

Namun demikian, A tampil memberitahu Evening Standard menerusi Oddity Central bahawa dia hanya ingin membuat iklan mengenai pencarian jodoh buat dirinya.

Menurutnya lagi, pada awalnya A ingin mencuba beberapa kaedah lain termasuk membuat iklan secara terbuka.

Namun akhirnya dia membuat keputusan bahawa iklan di stesen kereta api bawah tanah adalah lebih efektif.

Lebih 50 calon sudah mendaftar

Sejak wajahnya terpapar di papan iklan di stesen tersebut, A mendakwa dia telah menerima lebih daripada 50 orang calon isteri.

Dalam pada itu, dia menggunakan tempoh pengiklanan selama hampir dua minggu bagi meletakkan iklan tersebut dengan kos sekitar RM 10,905.70.

BACA JUGA: Tak Mahu Dijodohkan Dengan Pilihan Keluarga, Lelaki Iklankan Diri Cari Pasangan Hidup

Sumber: Oddity Central

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.