Siakap Keli
Gambar: via Daily Star

13 Tahun Hidup Dengan Kepala Senget 90 Darjah

Seorang gadis dilapor menghabiskan masa selama 13 tahun dengan keadaan ‘kepala senget’ sebelah pada sudut 90 darjah, memetik laporan Daily Star.

Menurut laporan, Afsheen Gul yang berasal dari Pakistan itu menderita masalah ini sejak dia berusia lapan bulan.

Difahamkan, Afsheen terdahulu dilahirkan dalam keadaan sihat. Namun satu kejadian tidak disengajakan ketika dia masih kecil telah berlaku.

Dia didakwa pernah jatuh tergelincir ketika masih kecil lalu menyebabkan kepalanya menjadi senget sebelah sebanyak 90 darjah.

BACA JUGA: (Video) Ikan ‘Misteri’ Berkepala Seakan Lembu Sangkut Di Mesin ROV, Buat Ramai Tertanya “Ikan Apa?”

Ibu bapanya menganggap bahawa kepalanya yang senget sebelah itu akan kembali normal dengan sendirinya. Namun, ternyata sangkaan mereka salah.

Malah ibu bapanya juga menemui pengamal perubatan untuk merawat anak mereka tetapi rawatan itu tidak berjaya.

Dalam pada itu, mereka juga dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membiayai kos perubatan anak mereka itu.

Dana mula dikumpulkan

Setelah itu, satu akhbar tempatan di sana ada berkongsikan mengenai masalah yang dihadapi oleh Afsheen.

Daripada situlah satu laman telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana perubatan bagi merawat masalah kepala senget sebelah remaja berkenaan.

Menerusi sumbangan orang ramai melalui GoFundMe, remaja itu kini dilapor dapat menjalani pembedahan kepalanya di Hospital Apollo, New Delhi, India dengan kos sebanyak £26,000 (RM142,277.78).

Hanya 50% untuk hidup

Bagaimanapun menurut pihak hospital, Afsheen hanya mempunyai peluang kurang daripada 50 peratus untuk hidup jika dia menjalani prosedur pembedahan itu.

Namun, nasib menyebelahi remaja itu apabila dia berjaya menjalani pembedahan tersebut dengan selamat.

Semakin sihat

Afsheen yang menghidap cerebral palsy itu kini berada dalam keadaan sihat. Dia turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai menerusi satu posting di laman Instagram miliknya.

“Terima kasih Dr. Rajagopalan Krishnan kerana memberi saya kehidupan baru,” tulis Afsheen menerusi laman Instagram. 

BACA JUGA: (Video) Wanita Luah Rasa Syukur, Teman Lelaki Tetap Setia Walau Wajahnya Bengkak Hingga Pipi Herot

BACA JUGA: (Video) Selalu Orang Salah Buat, Begini Rupanya Cara ‘Letupkan’ Tengkuk Yang Betul

Sumber: Daily Star

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.