Siakap Keli
Gambar: Get Adjusted Now

(Video) Selalu Orang Salah Buat, Begini Rupanya Cara ‘Letupkan’ Tengkuk Yang Betul

Sakit tengkuk adalah rasa tidak selesa yang biasa dialami pada mana-mana bahagian di sekitar leher yang mungkin melibatkan bahu, kepala dan muka.

Ia berkemungkinan berlaku akibat ketidakseimbangan pada otot, postur badan yang kurang baik, kecederaan whiplash, dan juga kerana kekurangan stabiliti otot tengkuk.

Jika kita terlampau lama duduk dalam satu posisi yang sama juga boleh menyebabkan sakit tengkuk. Bila berasa lenguh atau sakit tengkuk, mungkin anda berasa ingin ‘letupkan’ tengkuk anda supaya berasa lega.

Pun begitu, jika ada antara anda yang ingin melegakan tengkuk dengan cara ‘letupkannya’, ada cara yang perlu kita ikuti. Kalau main buat je takut tersalah cara nanti tak pasal-pasal tengkuk makin sakit.

Seorang kiropraktor menerusi laman TikTok @getadjustednow ada berkongsikan jalan penyelesaiannya.

Menerusi perkongsian video itu, terdapat tiga langkah mudah yang anda perlu ikuti untuk ‘letupkan’ tengkuk anda.

  1. Tarik leher ke bahagian kiri atau kanan.
  2. Sengetkan kepala anda.
  3. Tarik dengan menggunakan tangan berlawanan.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda boleh menonton video di bawah.

@getadjustednow

Here are the Do’s and Don’t’s of Neck Cracking 🥵😱 #neckpain #neckcrack #LearnOnTikTok #GetAdjustedNow #NYCchiro

♬ original sound – mertsanimes

Anda pula biasanya buat cara yang macam mana selama ni? Boleh kongsi dengan min?

Sumber: Get Adjusted Now

Nadhirah