Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada petang ini telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Antara negeri di Semenanjung yang terlibat sehingga 7.00 petang ini adalah Kedah iaitu Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang; Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Muallim.
Setersunya, Pahang di Pekan dan Rompin; Selangor di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat; WP Kuala Lumpur; Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin; Melaka dan Johor.
Manakala di Sarawak kawasan yang terlibat adalah Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei iaitu Sarikei dan Meradong; Sibu iaitu Sibu dan Selangau; Mukah, Bintulu di Tatau dan Limbang.
Di Sabah pula Pedalaman iaitu Kuala Penyu, Dan Beaufort; serta Pantai Barat di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.
Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk melakukan persedian awal untuk menghadapi fasa peralihan monsun.
Menurut JPS, ia dijangka akan berlaku bermula pada 14 Mac hari ini dan akan berterusan hingga pertengahan bulan Mei nanti.
“Permulaan fasa ini menandakan bahawa akan berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula sejak 3 November tahun lalu.
“Kejadian ribut petir dijangka akan berlaku lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
“Susulan daripada situasi ini, risiko kejadian banjir kilat meningkat dan sangat bergantung kepada keupayaan sungai, sistem saliran, kolam takungan, pintu air, rumah pam, pam mudah alih dan lain-lain infrastruktur bajir sedia ada,” maklum JPS dalam satu kenyataan.
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/BujFylC9wl
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 14, 2022
BACA JUGA: Fasa Peralihan Monsun Bermula Hari Ini, Banjir Dijangka Berlaku & Orang Awam Diminta Bersedia
Sumber: MET Malaysia