Siakap Keli
Kredit: Digital Business

“Fikir Dapatkan 1 ‘Lead’ Dulu…” Penasihat Kewangan ‘Ajar’ Cara Bina ‘Mentaliti Sales’ Dalam Bisnes

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam dunia pekerjaan yang melibatkan perniagaan, jualan dan pemasaran bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Tambahan pula apabila mereka perlu mengekalkan kadar jualan yang telah berjaya dilakukan.

Disebabkan itu, ada di antara mereka yang bekerja dalam sektor ini mungkin akan mengalami tekanan dalam pelbagai faktor. Masakan tidak, ia hal-hal yang melibatkan untung-rugi, bukan?

Oleh itu, menerusi perkongsian seorang penasihat kewangan, Saifullah Suratmin (gambar), dia kongsikan pengalaman dan cara bagaimana untuk membina ‘mentaliti sales’ terlebih dahulu supaya sedikit sebanyak boleh kurangkan tekanan.

Ikuti perkongsian di bawah yang telah kami sertakan, semoga peroleh manfaat darinya.

MEMBINA MENTALITI SALES

Lebih kurang 9 tahun lalu saya memulakan kerjaya dalam bidang sales iaitu di sebuah syarikat yang terletak di Damansara. Sebuah syarikat yang memberi latihan kepada industri cari gali minyak. Client mereka datang dari pelusuk Asia seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Filipina.

Sebagai fresh graduate saya tidak memilih kerja pertama dan memandangkan saya ada kelemahan dari segi percakapan saya memutuskan kerjaya sebagai jurujual adalah kerjaya yang mustahak untuk saya bermula. Syarikat ini milik orang Singapura.

Jadi budaya kerjayanya agak berbeza. Setiap pagi sebelum mulakan kerja prospecting, kami kena berdiri dan membuat panggilan. Kami hanya dibenarkan duduk sekiranya dapat 5 lead sales.

Lalu, pada satu hari pemilik syarikat mungkin menyedari saya sangat susah untuk dapatkan lead sales. Dia kemudian mengajak saya berbual di luar pejabat. Saya mengakui bahawa saya memang bergelut untuk dapatkan lead sales. Nasihatnya pada hari itu masih segar dalam ingatan.

“Do you know why you struggle to get 5 leads?” Dia bertanya.

“I don’t know sir.” Saya pun mulai risau. 

“Sebab you fikir besar sangat. You nak dapat 5 leads you kena belajar dapat 1 lead dulu. You fikir bagaimana nak dapat 1 lead dahulu jangan fikir bagaimana nak dapat 5 leads.”

Nasihat dia membuatkan saya sedar bahawa, dalam membina mentaliti sales yang bagus harus fikir bagaimana membina kejayaan kecil untuk dapatkan kejayaan besar. Ini amat sesuai sekali dengan nasihat puan guru Ainon Mohd. Kita harus capai kejayaan-kejayaan kecil.

Sebagai contoh, hari ini jual cake. Target jualan RM 5,000. Fikir dahulu bagaimana nak capai RM50 pertama. Kemudian RM100, RM200 dan seterusnya. Bukan kita asyik termenung macam mana nak dapat sales RM5,000.

Oleh yang demikian, pentingnya untuk kita membina mentaliti sales yang bagus agar kita tidak termenung yang hasilnya tidak mendatangkan apa-apa. Dan semenjak hari itu, saya berjaya dapatkan lead sehingga berpuluh-puluh sehari.

Sumber: Facebook Saiful

Faiz Mustafa