Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dilapor hantar lebih 30,000 tentera melibatkan Royal Marine, pesawat, kapal tempur serta kapal selam dengan kuasa nuklear ke Norway yang bersempadan dengan Russia.
Menurut Daily Mail, tentera-tentera yang terdiri daripada 28 buah negara benua Eropah dan Amerika Utara itu telah mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan selama sebulan di kawasan tersebut bermula Isnin.
“Norway sebagai salah satu anggota NATO berkongsi hampir 200 kilometer bersamaan dengan 124 batu sempadan mereka dengan Russia.
“Latihan yang dinamakan sebagai ‘Tindak Balas Dingin’ ini berjalan hanya beberapa ratus kilometer dari sempadan Russia ketika tentera Vladmir Putin terus-menerus melancarkan serangan kepada Ukraine.
“Kira-kira 35,000 tentera, 200 pesawat dan 50 buah kapal laut termasuk 900 Royal Marine yang terlibat dalam latihan ‘Tindak Balas Sejuk’ yang akan meneraju penglibatan dengan UK,” lapor Daily Mail.

Memetik Daily Mail, mereka dikatakan akan melakukan ‘serangan’ di sepanjang garis pantai Norway oleh unit tugas amfibia yang diketuai oleh HMS Albion.
Selain itu, pesawat HMS Prince of Wales juga turut akan menyertai bersama-sama HMS Richmond, kapal tempur Type 45 HMS Defender, kapal tangki Royal Fleet Auxiliary dan kapal selam dengan kuasa nuklear sebagai pengiring.
“Latihan ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana pasukan pelbagai hala ini bersatu untuk mempertahankan Norway dan ‘sayap’ utara Eropah ini daripada musuh.
“Penyertaaan UK dalam latihan ini telah menggariskan komitmen Britain terhadap keselamatan di Eropah dan menjalin ikatan yang lebih erat antara sekutu dan rakan kongsi NATO,” katanya.

Brigadier Rich Cantrill yang bertanggungjawab ke atas pasukan komando UK berkata, “UK telah memberi sumbangan kuat kepada salah satu latihan ‘Tindak Balas Sejuk’ terbesar selama bertahun-tahun.
“NATO sebagai pakatan perlu bersedia untuk apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
“Adalah penting bagi kami untuk menyokong rakan kongsi Norway dan kerana itulah kami kerap berlatih di Artik.
“Cold Respones merupakan satu peluang yang baik untuk sekutu dan rakan kongsi NATO untuk bersama-sama dalam berjuang dalam situasi yang paling mencabar di High North.
“Bersedia untuk sebarang kemungkinan dan belajar bagaimana cara untuk bekerjasama.
“Apa yang kita akan lihat ialah sebuah pasukan petugas maritim yang kuat dan kemudian akan meneruskan pula dengan latihan darat.
“Kita akan dapat lihat banyak negara akan berkumpul dari UK ke Norway, Amerika Syarikat, Belanda, Perancis, Jerman dan lain-lain,” jelasnya, lapor Daily Mail lagi.

Menerusi Daily Mail, latihan tersebut juga akan memperlihatkan pasukan bersekutu itu termasuk dari Sweden dan Finland yang akan menguasai perairan di luar Norway dalam senario latihan yang direka untuk meningkatkan keupayaan untuk melindungi negara ‘tuan rumah’.
“Operasi udara akan dimulakan tidak lama dan selepas itu sebelum fasa terakhir akan menyaksikan pendaratan amfibia dan operasi darat.
“Namun, ia tidak berkait dengan pencerobohan tanpa provokasi dan tidak wajar Russia ke atas Ukraine,” kata NATO menurut laporan Daily Mail.
BACA JUGA: Anggota NATO Dapat ‘Lampu Hijau’ Hantar Jet Pejuang Ke Ukraine – Setiausaha AS
Sumber: Daily Mail