China melaporkan kes baharu Covid-19 di negara mereka telah turun kepada angka 1,437 pada 13 Mac baru-baru ini selepas sehari perintah berkurung dilaksanakan.
Sebelum ini, kes Covid-19 harian mereka telah mencatat sebanyak 1,938 kes, namun angka itu ternyata menurun setelah ‘lock down’ tersebut dijalankan.
Menurut CNA, China telah melakukan perintah berkurung pada kesemua 17 juta penduduk di wilayah Shenzhen pada 13 Mac tersebut.
“Daripada jumlah kes baharu tersebut, 1,337 daripadanya merupakan kes tempatan kata Suruhanjaya Kesihantan Kebangsaan berbanding sehari sebelumnya yang telah mencatat kes sebanyak 1,807.
“Manakala kes tidak mempunyai simptom yang tidak diklasifikasikan sebagai kes sah berjumlah 906 berbanding hari sebelumnya yang mencatat 1,455 kes.
“Tiada kematian baharu dilaporkan menjadikan kes kematian masih pada angka yang sama iaitu 4,636 kes,” lapor CNA.
Memetik CNA, China telah mencatatkan sebanyak 116,902 kes aktif pada 13 Mac tersebut.
Difahamkan, hab teknologi selatan Shenzhen memaklumkan kepada semua penduduk untuk berada di dalam rumah pada waktu itu.
Ia berikutan bandar tersebut sedang berusaha membasmi serangan Omicron yang didakwa merebak dari negara jiran, Hong Kong.
“Perintah berkurung itu termasuk dengan menghentikan dan penutupan semua operasi pengangkutan awam sehingga 20 Mac 2022.
“Menurut notis yang dikeluarkan oleh kerajaan bandar, mereka akan melancarkan tiga pusingan ujian Covid-19 besar-besaran,” lapor CNA.
Menerusi artikel dari CNA, China akan meneruskan langkah tersebut dan akan melakukan penutupan pusat perniagaan di bandar tersebut lebih awal.
Shenzhen telah melaporkan 66 kes jangkitan tempatan pada Ahad lalu yang merupakan sebahagian kecil dari 32,430 kes yang dilaporkan berkait dengan Hong Kong.
Pretty anti-climatic "Shenzhen lockdown" here. 5 minutes to get my PCR test, then got some fresh vegetables. No sitdown service but lots of takeout, everyplace checking QR codes. My friends are home from work, no subway or bus service, no taxi without a PCR test in the last 24hrs pic.twitter.com/KfH3be2koz
— Naomi Wu 机械妖姬 (@RealSexyCyborg) March 14, 2022
BACA JUGA: (Video) Vaksin COVID-19, Adakah Anak Anda Memang Perlukannya? Ini Penjelasan Terperinci Dari 5 Pakar
Sumber: CNA, Twitter Naomi Wu