Siakap Keli
Kredit: Mirror

(Video) Langit Sepanyol Bertukar Jingga Pagi Tadi, Penghidap Asma Berdepan Risiko Tinggi

Ribut debu besar yang mengubah langit Eropah menjadi jingga hari ini didakwa akan melanda Inggeris esok pagi, menurut ramalan pakar, lapor Daily Star.

Menurut Daily Star, bahagian selatan Sepanyol telah dilitupi dengan udara panas hingga menyebabkan langit kelihatan bercahaya pada waktu pagi, 15 Mac semalam.

Gambar via Mirror
Gambar via Mirror

Laboratorio de Climatologia di Universiti Alicante telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya tidak berada di luar rumah untuk tempoh yang lama, lapor Mirror menerusi Daily Star. 

“Sepanyol dengan rasminya telah mengarahkan orang ramai untuk pakai pelitup muka ketika berada di luar dan untuk kekal berada di rumah jika tiada keperluan.

“Dan kini, pakar di United Kingdom mengesahkan ribut tersebut akan melanda negara mereka pada pagi rabu.

Gambar via Mirror

“Seorang saintis, Dr. Claire Ryder telah memberi amaran kepada rakyat Britain mengenai pengurangan kualiti udara yang ketara.

“Pemilik kenderaan akan bangun pada waktu pagi dengan kereta mereka diselaputi dengan debu Sahara,” jelas Mirror

Memetik Daily Star, Dr Andy Whittamore, ketua klinikal di Asthma UK telah memberi amaran tentang risiko yang bakal dicetuskan oleh habuk tersebut.

“Udara yang tercemar akan menyebakan orang ramai sukar untuk bernafas dan boleh akibatkan semput, batuk, sesak nafas dan mengancam nyawa.

“Debu Sahara boleh menimbulkan risiko serius kepada 5.4 juta penduduk di UK yang menghidap asma.

“Habuk dan kebanyakan jenis pencemaran udara merupakan pencetus utama bagi penghidap asma.

“Orang yang menghidap asma mereka harus sentiasa membawa inhaler bersama kerana bimbang dikhuatiri gejala akan semakin teruk.

“Kami juga menasihatkan agar penghidap asma untuk menguruskan diri mereka dengan menyedut inhaler mereka (yang bewarna coklat) kerana ia dapat membantu mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan,” lapor  Daily Star. 

Gambar via Mirror

Difahamkan juga, dengan menyedut inhaler sebagai alat pencegah asma (warna coklat), ia boleh mengurangkan tindak balas kepada pencetus asma.

BACA JUGA: (Video) Pertama Kali Tengok, Macam Ni Rupanya Bentuk Pelangi ‘Penuh’

Sumber: Daily Star, Mirror, Daily Mail

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.