Siakap Keli
kwsp pengeluaran khas

KWSP Minta Hati-hati Dengan Iklan Permohonan Pengeluaran Khas Di Media Sosial

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menasihati orang ramai terutamanya para pencarum agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan perkongsian mengenai iklan permohonan Pengeluaran Khas di media sosial.

Dalam satu perkongsian daripada Facebook, KWSP memuatnaik satu gambar di mana ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan pautan palsu di Twitter yang mendakwa ianya adalah pautan bagi permohonan Pengeluaran Khas.

KWSP menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan Pengeluaran Khas anda.

Justeru itu, maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Jelasnya, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan. Bagaimanapun, para pencarum perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahu lalu, kerajaan telah pun membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum.

BACA: Setahun Direndam Masih Hidup, Lelaki Kena Patuk Saat Buka Balang Arak Ular

Sumber: FB KWSP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: