Siakap Keli
Gambar : Mothership

Setahun Direndam Masih Hidup, Lelaki Kena Patuk Saat Buka Balang Arak Ular

Seekor ular berbisa didapati masih hidup selepas direndam dalam balang arak ular selama setahun, lapor Motherships.

Menurut laporan media China, ular tersebut dikatakan seperti ‘hidup semula’ lalu mematuk seorang lelaki yang membuka balang arak tersebut.

Kisah bagaimana ia terjadi

Menurut laporang China Times, seorang lelaki dari wilayah Heilongjiang di utara China mempunyai seorang anak lelaki yang disahkan menghidap penyakit kronik. Selepas mencuba pelbagai kaedah untuk menyembuhkan anaknya, lelaki itu memutuskan untuk mencuba rawatan menggunakan arak ular.

Berdasarkan laporan, arak ular didakwa mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuk menjadi penawar untuk reumatik, arthritis dan selesema. Menurut Culture Trip, ia boleh disediakan dengan meletakkan keseluruhan ular, kadangkala semasa masih hidup ke dalam balang alkohol.

Lapor Mothership, lelaki itu kemudian membeli tiga ekor ular berbisa dan merendamnya ke dalam tong alkohol untuk diperam.

Setahun kemudian, selepas mempercayai bahawa tempoh berkenaan sudah cukup untuk menghasilkan arak ular yang mempunyai khasiat perubatan, lelaki berkenaan membuka balang arak tersebut untuk mencubanya.

Tanpa diduga, ketiga-tiga ular itu masih hidup dan mematuk lelaki itu. Lelaki tersebut terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera dan dilapokan terselamat dari maut.

Mengapa Ular Itu Boleh Terus Hidup

Walaupun ia sesuatu yang tidak dijangka, namun ia mempunyai penjelasan tersendiri. Dalam Sohu.com, ular tersebut masih boleh bertahan dalam perapan balang alkohol selama 12 bulan tanpa mati atas beberapa sebab.

Antara adalah berkemungkinan penutup balang itu tidak ditutup rapat dan udara masih boleh memasuki balang dan memberikan bekalan oksigen kepada ular tersebut.

Dalam laporan Science Alert, ular merupakan haiwan yang berdarah sejuk dan dapat bertahan dalam persekitaran oksigen yang rendah. Haiwan berbisa tersebut boleh memasuki ‘keadaan tidak aktif’ dalam persekitaran sedemikian dengan menekan kadar metabolism mereka.

Tambah Sohu.com, selepas balang alkohol dibuka dan ular menerima sejumlah oksigen yang banyak, ular tersebut mungkin seperti ‘dihidupkan semula’.

Sumber : Mothership

Fathin Nadzira