Siakap Keli
Gambar Facebook Baitulmal MAIWP

Menyayat Hati, Lelaki Tinggal Dalam Khemah Di Celahan Bangunan Pencakar Langit

Dalam arus pembangunan yang berkembang pesat, bangunan demi bangunan berdiri, namun masih ada yang tinggal di tepi-tepi jalan, lorong dan perhentian bas.

Apa yang meresahkan, mereka sering berkeliaran di kawasan tengah bandar untuk meminta sedekah. Persoalannya, adakah ahli keluarga mereka tidak ambil kesah dengan nasib hidup mereka?

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Facebook hari ini, apabila mereka ‘dipertemukan’ dengan seorang insan ‘pilihan’.

Untuk sorotan lanjut, mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Tidur dalam khemah di celahan bangunan pencakar langit

Sejurus menerima aduan awam, seorang lelaki yang dipercayai telah menjadikan sebuah khemah kecil untuk beliau berteduh dijejaki segera oleh MAIWP lewat malam tadi. Setibanya di lokasi berkenaan, dalam kedinginan malam selepas turunnya hujan lelaki ini berjaya ditemui.

Apa yang lebih memeranjatkan adalah lelaki tersebut adalah orang sama yang pernah disantuni Skuad Jejak Asnaf MAIWP pada setahun yang lalu. Lelaki yang berkelahiran daripada negeri Pantai Timur ini dilihat tidak berminat untuk bercakap sebaliknya hanya mengganguk setiap soalan yang ditanyakan kepada beliau.

Gambar Facebook Baitulmal MAIWP
Gambar Facebook Baitulmal MAIWP
Gambar Facebook Baitulmal MAIWP

Menurut semakan rekod, lelaki ini pernah dibantu oleh MAIWP dengan diberikan penempatan sementara di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur sebelum akan disusuli dengan bantuan yang sesuai namun pada keesokkan harinya beliau telahpun menghilangkan diri tanpa berita.

Selepas sekian lama, beliau berjaya ditemui semula dan dibantu oleh satu NGO dengan diberikan penginapan di sebuah hotel beberapa hari. Malangnya beliau turut hilang dalam radar pada sebelah petang hari yang sama.

Skuad mengesyaki lelaki ini mempunyai masalah kesihatan mental dan harus diberikan perhatian segera. Isu ini akan dipanjangkan kepada pihak-pihak berkaitan bagi tindakan selanjutnya.

Terima Kasih Pembayar Zakat.

Amanah Zakat Kami Tunaikan.

Sumber: Facebook Baitulmal MAIWP

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.