Siakap Keli
pengembara masa

‘Pengembara Masa’ Dakwa 3 Peristiwa Bakal Goncang Dunia Tahun Ini

Seorang pengguna Tiktok menggegarkan dunia media sosial apabila mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang ‘pengembara masa’ yang berasal dari tahun 2236. Lebih memeranjatkan, dia juga membuat ramalan bahawa terdapat tiga peristiwa besar bakal berlaku pada tahun ini.

Dalam perkongsian videonya yang meraih lebih 14 juta tontonan, dia mendakwa ketiga-tiga peristiwa yang bakal menggoncangkan dunia itu akan berlaku pada tarikh yang berbeza.

”Ramai yang tidak mempercayai bahawa saya adalah seorang pengembara masa sebenar. Jadi, ini beberapa perkara besar yang bakal berlaku tahun ini.

”Pada 17 Jun ini, makhluk terbesar yang menghuni lautan akan ditemui di Laut Pasifik. Kemudian, pada 16 September pula, seorang pemuzik terkenal yang sudah lama meninggal dunia akan ‘bangkit’ semula dan mengaku bahawa dia memalsukan kematiannya selama ini.

”Menjelang hujung tahun ini, jumlah robot akan meningkat 20 peratus bagi menggantikan tenaga kerja manusia,” dakwanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyertakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan-dakwaan yang dibuatnya. Namun begitu, di ruangan komen, segelintir pengikutnya percaya dengan ramalan-ramalan tersebut.

Mengenai pemuzik yang didakwa memalsukan kematiannya, mereka percaya bahawa ia merujuk kepada mendiang Michael Jackson.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa netizen yang memandang sinis dengan ramalan tiga peristiwa yang dibuat oleh ‘pengembara masa’ dari tahun 2236 ini. Malah, ada pengikutnya seolah-olah mendakwa lelaki berkenaan merupakan seorang penipu.

”Saya mencatat dan menyimpan semua dakwaan-dakwaan yang kamu buat selama ini. Tahun lepas, kamu mendakwa taufan paling dahsyat dalam sejarah akan berlaku pada bulan September. Ia tidak berlaku pun,” kata salah seorang pengikutnya.

Selain itu, ada juga yang bertanya mengenai keberadaan adiwira terkenal, Superman yang pernah didakwanya akan muncul Ogos tahun lepas.

Manakala, seorang lagi pengguna tiktok yang sudah lama mengikuti lelaki berkenaan mendakwa, ‘pengembara masa’ dari tahun 2236 itu akan memadam kembali video-video ramalan yang dibuat apabila ia berjaya dibuktikan palsu.

BACA: Aktiviti Sukan, Kokurikulum Sekolah Dibenarkan Mulai Isnin Ini – Radzi

Sumber: Daily Star

Zahirah