Tidak dinafikan, kipas di rumah, tak kira kipas stand yang ada cover atau kipas syiling mudah sangat memerangkap habuk dan debu. Habuk yang berkumpul pada kipas akan membuatkan putarannya menjadi perlahan dan terpaksalah kita mencucinya terlebih dahulu sebelum digunakan semula kan.
Yelah, kalau tidak dicuci, nanti tekan kelajuan kipas maksimum pun masih lagi terasa panas. Jadi, tak kiralah kipas syiling atau stand, ia perlu dicuci paling kurang pun dua minggu sekali agar habuk yang melekat tidak terkumpul terlalu banyak pada bilah kipas dan bahagian cover.
Tapi itulah, untuk bersihkan kipas kaki ini kadangkala perlukan ‘mood’, ye lah perlu buka besi di bahagian depan dan belakangnya terlebih dahulu sebelum dicuci. Bila selesai dibersihkan, perlu dipasangkan semula satu persatu.
Namun, kini anda tak perlu bersusah payah lagi sebab SK nak kongsikan satu video daripada Youtube Otak Channel tentang cara mudah mencuci kipas kaki tanpa perlu membuka cover.
Mudah sahaja cara, anda hanya memerlukan tiga benda ini sahaja iaitu serbuk soda, air dan sabun pencuci pinggan mangkuk.
Caranya membuat campuran sabun mudah sahaja, cuma ikut langkah seperti di bawah;
1. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk soda ke dalam air secukupnya.
2. Masukkan ke dalam botol spray.
3. Kemudian campurkan bersama sabun cuci pinggan 1 sudu.
Langkah seterusnya untuk membersihkan kipas tanpa membuka ‘cover’ depan dan belakang.
1. Bersihkan sedikit pada bahagian luar
2. Sembur secara merata di seluruh bahagian kipas tersebut
3. Masukkan plastik untuk menutupi seluruh permukaan kipas tersebut.
4. Selepas tutup dengan plastik, buka kipas pada tahap kelajuan yang maksima. Biarkan selama 5 hingga 7 minit.
5. Selesai. Korang boleh lihat hasilnya sangat puas hati.
Untuk lebih faham, tonton video di bawah.
BACA: Kerajaan Setuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10000
Sumber: Otak Channel