Siakap Keli
pengeluaran khas KWSP RM10000

Kerajaan Setuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10000

Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10000 atau RM10k untuk pencarum KWSP.

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau berkata berdasarkan dapatan kajian dalam situasi pandemik ini, ada keluarga yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina mula kedudukan.

Justeru, kerajaan sekali lagi bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP berjumlah RM10000.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut tentang pengeluaran KWSP ini akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia nanti.

Pada masa yang sama, beliau berkata keputusan kali ini amat sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat Malaysia. Namun, pengeluaran khas ini merupakan jalan tengah untuk mengimbangi keperluan mendesak sekarang dan penyimpanan pada masa hadapan.

Walaupun kerajaan telah memberikan kebenaran untuk pengeluaran kali ini tetapi beliau merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.

Sekali lagi, Perdana Menteri telah menyeru kepada pencarum KSWP untuk membuat keputusan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa hadapan.

Bagaimanapun, semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran agar membuat pertimbangan sewajarnya mengenai pengeluaran khas yang dibenarkan.

Ismail berkata demikian berikutan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran khas simpanan KWSP sebanyak RM10,000 yang diumum sebentar tadi.

“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.

Sebelum ini kerajaan telah membenarkan pengeluaran Caruman Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak 3 kali melalui skim iaitu I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra bermula sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dari tahun 2020 hingga 2021.

Sehubungan itu, tambah Ismail, perincian pengeluaran khas tersebut akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta KWSP sendiri nanti.

BACA: Dolar Amerika Tercabar? Jual Minyak Ke China, Arab Saudi Dilapor Sedia Terima Matawang Yuan

Sumber: Siaran Langsung Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang