Siakap Keli
masalah rambut gugur

Kurangkan Masalah Rambut Gugur, Guna Syampu Baby Johnson & Bunga Cengkih Je

Rambut ibarat mahkota seseorang. Memiliki rambut yang cantik dan juga sihat adalah dambaan setiap manusia. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan rambut yang sihat itu? Apakah masalah yang membuatkan rambut itu menjadi tidak sihat, adakah seperti kelemumur dan rambut gugur?

Ringkasnya, rambut yang sihat ini adalah rambut yang tidak memberikan terlalu banyak masalah kepada tuannya. Selain teksturnya yang kasar, masalah keguguran rambut adalah antara perkara yang selalu merunsingkan sesiapa sahaja menghadapinya. Lebih dari itu, masalah ini juga sebenarnya menelan banyak modal untuk dirawat.

Kalau dah cuba pelbagai perkara, masalah tetap juga sama, boleh mengundang rasa putus asa juga kan? Apa kata, anda cuba satu petua ini, mana tahu masalah rambut gugur yang dihadapi boleh dikurangkan.

Seperti yang dikongsikan oleh Ain Anggun, petua ini rasanya lain dari yang lain. Caranya hanyalah dengan menggunakan syampu ‘Johnson Baby’ dan bahan yang ada di dapur sahaja.

Bunga cengkih kurangkan masalah rambut gugur

Bahan yang dimaksudkan ada di dapur itu adalah bunga cengkih. Bunga cengkih banyak kegunaannya selain untuk masak. Salah satu khasiat lain adalah untuk mengurangkan masalah rambut yang sudah lama dialaminya iaitu kelumumur, rambut berminyak dan rambut gugur.

Bunga cengkih ini hanya perlu dimasukkan ke dalam syampu berkenaan dan pakailah seperti biasa.

@ain_anggun

assalamualaikum shbt ttk..kongsi petua #tiktokmalaysia

♬ bunyi asal – user Siti Nur affiyah – user Siti Nur affiyah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok mengatakan cara ini memang sangat elok untuk mengurangkan masalah rambut gugur. Malah ada juga yang berterima kasih kepada Ain Anggun kerana berkongsi petua yang bagus ini.

“I pun dah lama pakai, ikut Google…”

“Yes, memang berkesan..”

“Sekarang satu dua je rambut lekat pada sikat”

Siakap Keli pernah mengeluarkan satu artikel kajian yang dijalankan di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah cengkih ini bertindak sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E. Coli) dalam daging.

Bukan itu sahaja, khasiat lain adalah untuk meningkatkan kesihatan gigi, mengekalkan kulit wajah yang cantik malah dapat mengurangkan batuk.

Bunga cengkih mengandungi kandungan yang mampu memberi kelegaan kepada masalah penghadaman seperti muntah, cirit-biri, kembung perut dan sakit perut.

Baca ini: “Best Ke Buat Grab?” Wanita Ini Kongsi Pengalaman Jadi ‘Rider’ Sebulan Boleh Dapat Lebih RM5,000, Siap Boleh ‘Cash Out’ Hari-hari Lagi

Sumber: Ain Anggun

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang