Siakap Keli
skyworld genting
Gambar: Nassry Mardee Ismail IV

Lelaki Kongsi ‘Tips’ Berguna Sebelum Berkunjung Ke SkyWorlds, Genting Highlands

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi peminat permainan-permainan ekstrem, berkunjung ke Taman Tema SkyWorlds, Genting Highlands mesti sudah ada dalam perancangan anda.

Selain ‘melayan’ minat sendiri, anda boleh juga berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan dengan bermain pelbagai permainan menarik dalam cuaca dingin ala-ala musim sejuk ini.

Tapi sebelum anda berkunjung ke Taman Tema SkyWorlds, ini perkara yang anda patut tahu sebelum buat tempahan. Ikuti perkongsian bermanfaat pengguna Facebook Nassry Mardee Ismail IV di bawah ini.

Taman Tema SkyWorlds, Genting Highlands

Harga tiket untuk pengunjung mengikut ketinggian adalah seperti berikut:

  • 110 sentimeter (cm) ke atas – RM151
  • 90 cm hingga 110 cm – RM128
  • 90 cm ke bawah – Percuma
Gambar: Nassry Mardee Ismail IV

Pembelian tiket hanya boleh dibeli secara atas talian melalui aplikasi SkyWorlds. Canggih aplikasi ini, kena fahamkan betul-betul cara baru akan rasa mudah gunakannya.

Boleh juga guna kiosk, tapi tetap kena sambungkan dengan aplikasi jadi menyusahkan, sudahlah kena beratur, akhirnya kena muat turun aplikasi juga.

Harga tiket termasuk dengan gambar dari jurugambar profesional dalam taman tema. Kalian hanya perlu save gambar selfie dua keping, sekeping yang pakai pelitup muka, sekeping lagi tanpa pelitup muka.

Jadi, setiap gambar yang jurugambar ambil, akan automatik masuk ke dalam aplikasi yang kalian muat turun terus ke telefon pintar yang kita gunakan, canggih kan?

Tak buang masa, boleh tengok masa menunggu pada aplikasi

Melalui aplikasi juga, kalian akan nampak “masa menunggu” setiap permainan yang disediakan. Jadi, kita boleh merancang masa dan perjalanan dengan lebih mudah.

Jumlah ada 19 permainan, namun yang betul-betul boleh main cuma 15 sahaja, lagi empat akan dibuka dalam masa terdekat, masih dalam tempoh percubaan.

Gambar: Nassry Mardee Ismail IV

Setiap pembelian tiket akan diberi percuma enam kali masuk secara “fast lane”. Maka, tak perlu menunggu beratur panjang buang masa seperti orang lain. Cuma, kena tempah awal-awal Virtual Que (VQ) Reservations.

Saya cadangkan tempah sehari sebelum tarikh masuk taman tema. Sebab VQ Reservations ini ada had, siapa tempah dulu, dia punya.

Aplikasi ada GPS, tak akan sesat

Dibuka pada pukul 11 pagi, tutup pada pukul 6 petang. Jadi, memang perlu rancang betul-betul untuk habiskan semua permainan yang ada.

Yang tidak tahan sejuk, eloklah bawak baju sejuk. Jenis kulit biawak tahan sejuk, tak ada masalah.

Ada beberapa permainan yang akan basah sebab percikan air. Sikit sajalah basahnya terutamanya kasut. Saya lihat ada yang pakai baju hujan, pada saya, tak perlu pun, suka hatilah kalau nak pakai pun.

Gambar: Nassry Mardee Ismail IV

Aplikasi SkyWorlds yang kita muat turun itu ada GPS, jadi, memang tak akan sesat. Kita akan tahu kita di mana dan senang nak ke mana-mana.

Makanan boleh beli dalam taman tema dengan harga yang berpatutan, kali pertama saya masuk taman tema yang harga makanannya tidak semahal taman tema lain.

Secara keseluruhannya, berbaloi untuk bawa anak-anak bercuti ke sini. Permainan untuk budak-budak pun banyak. Tempat yang sangat cantik, mudah, berpatutan dan terancang.

https://www.facebook.com/nassry.mardeeismailiv/posts/1928836183968792

Sumber: Facebook Nassry Mardee Ismail IV

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.