Siakap Keli
Sumber: Klook

Penantian Berakhir, Genting Skyworld Dijangka Akan Dibuka Disember Ini Untuk Orang Ramai

Selepas beberapa kali gagal untuk dibuka, Genting Malaysia Bhd (GENM) mengumumkan bahawa mereka menjangkakan untuk membuka taman tema serba baharu tidak lama lagi! Penantian pengunjung setia Genting Highlands bakal berakhir kerana taman tema bertemakan filem ini dijangka dibuka kepada umum pada akhir tahun 2021.

Nama baharu taman tema ini adalah Genting SkyWorlds dan  bakal didedahkan pada akhir tahun ini. Walaupun ia tidak lagi membawa nama “20th Century Fox”, Genting SkyWorlds tetap akan menampilkan tarikan daripada filem 20th Century Fox dan tarikan lain bertemakan filem “kelas antarabangsa” yang tidak dinamakan lagi.

Sebelum ini, kerja-kerja pembinaan di Genting Skyworlds telah dihentikan sementara apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh Malaysia, namun telah disambung semula dan berjalan lancar sehingga kini. Malah, kebanyakan pembinaan telah pun siap dan semua pasukan sedang berusaha untuk melakukan sentuhan dan ujian terakhir sebelum membukanya kepada umum tidak lama lagi.

Rakyat Malaysia yang membesar dengan adanya Taman Tema Genting Highlands pasti teruja menantikan Genting Skyworlds yang serba baharu. Dengan Genting Skyworlds dalam peringkat akhir pembinaan, kami bersyukur kerana terjumpa beberapa gambar taman tema tersebut seperti yang dikongsi oleh di Instagram milik Greg Pearn iaitu @Greg_Pearn.

Kredit: Greg_Pearn
Kredit: Greg_Pearn
Kredit: Greg_Pearn
Kredit: Greg_Pearn
Kredit: Greg_Pearn
Kredit: Greg_Pearn

Taman Tema SkyWorlds Genting yang dinanti-nantikan akan menjadi tumpuan utama yang  bertemakan keunikan dan merentasi 26 ekar dengan 26 rides serta beberapa tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Selain itu, terdapat juga tempat makan yang luas, kedai runcit serta pertunjukan live hiburan untuk menghiburkan anda semua sepanjang berada di sana. Diharap penulisan ini dapat memberikan sedikit sebanyak pendedahan berkaitan taman tema ini kepada anda semua.

Okay dah boleh simpan duit untuk pergi ke Taman Tema SkyWorld Genting Highland!

Sumber: Klook

 

Akhmar Ikmal