Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di sembilan negeri.
Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda seluruh negeri Perlis.
Selain itu, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling di Kedah turut terlibat.
Cuaca buruk juga akan melanda negeri Perak iaitu di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
Bagi negeri Kelantan, daerah yang terlibat adalah Machang dan Pasir Puteh.
Manakala di Terengganu pula, daerah yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
“Di negeri Pahang, daerah yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Negeri Johor pula hanya melibatkan daerah Mersing,” kata MetMalaysia.
Sementara itu, di negeri Sarawak, ribut petir dan hujan lebat dijangka akan melanda daerah Kuching (Kuching), Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu dan Kapit.
Manakala negeri Sabah pula melibatkan daerah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Semporna dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Keadaan cuaca buruk itu diramal akan melanda kesemua negeri tersebut sehingga jam 6.00 petang ini.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengelak daripada berada di kawasan yang berisiko.
Layari laman web MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca di kawasan anda.
Sumber: MetMalaysia