Siakap Keli
metmalaysia amaran cuaca
Gambar via BERNAMA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca berlaku ribut petir dan hujan lebat di lima negeri dan satu wilayah sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan antara negeri yang terlibat ialah seluruh negeri Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Johor (Kota Tinggi).

Amaran cuaca ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan METMalaysia untuk negeri Sarawak, melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikel (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Manakala kawasan yang terlibat dengan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah pula ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat serta seluruh wilayah Persekutuan Labuan.

Orang ramai terutamanya bagi kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Sumber: Twitter MetMalaysia

Akhmar Ikmal