Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Paru-paru merupakan organ dalaman yang menjalankan sistem respirasi. Walaupun membekalkan oksigen ke seluruh anggota badan, namun ia juga berisiko dijangkiti kuman atau jangkitan.
Dipercayai ada sebahagiannya mengambil remeh tentang penyakit pneumonia iaitu radang paru-paru. Tidak dinafikan ada yang menganggap ia sekadar penyakit biasa dan tidak berbahaya.
Jika tidak dirawat, penyakit ini mungkin telah bertambah teruk. Jadi, bagaimana untuk kita mengetahui adakah mungkin kita salah seorang yang menghidap penyakit radang paru-paru ini?
Oleh itu, Hello Doktor ada perkongsiannya. Semoga bermanfaat.

Penyakit radang paru-paru atau pneumonia adalah jangkitan yang boleh berlaku akibat virus, bakteria atau kulat pada peparu. Tentu sekali, ia akan mengakibatkan masalah pernafasan selain mendatangkan komplikasi lain terhadap tubuh badan penderita. Persoalannya, apakah komplikasi pneumonia yang ada? Jom kita semua ikuti artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan pernafasan, anda boleh klik di sini.
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua mengetahui serba sedikit informasi mengenai penyakit radang paru-paru ini.
Seperti yang telah diketahui, ia merupakan jangkitan yang boleh berlaku akibat virus, bakteria atau kulat pada organ paru-paru dan akan mengakibatkan masalah pernafasan.
Antara punca biasa yang menyebabkan jangkitan pneumonia adalah virus influenza, virus parainfluenza, virus varicella, adenovirus dan jangkitan RSV (respiratory syncytial virus).
Jangkitan ini juga boleh berlaku apabila tangan menyentuh sesuatu yang tercemar lantas memindahkannya ke hidung, mulut, atau mata melalui sentuhan.

Anda mungkin akan lebih mudah dijangkiti pneumonia sekiranya wujud faktor risiko berikut:
Menghidapi penyakit yang kronik
Mempunyai sistem imunisasi lemah
Merokok
Sedang dirawat di hospital
Namun apa yang lebih menakutkan adalah komplikasi pneumonia ini terhadap kesihatan tubuh badan penderita!
Sekiranya dijangkiti, penderita sudah pasti akan mengalami komplikasi-komplikasi seperti berikut:
Apabila jangkitan ini berlaku, kebiasaannya paru-paru akan terisi dengan cecair yang akan menyulitkan proses penghantaran oksigen ke dalam darah.
Ia juga akan mengakibatkan karbon dioksida lebih sukar untuk dinyahkan daripada tubuh badan sekali gus menyebabkan kegagalan pernafasan.
Segera bertindak jika anda mula mengalami simptom seperti berikut:
Pernafasan menjadi laju
Pernafasan rasa tercekik
Degupan jantung tidak stabil
Tubuh badan berpeluh
Kulit berubah pucat
Kepenatan
Kegelisahan
Kekeliruan
Hilang kesedaran

Kajian mendapati bahawa 20% penderita radang paru-paru juga akan mengalami masalah jantung dan ia mungkin disebabkan penyebaran jangkitan tersebut.
Komplikasi ini juga akan menjadi lebih tinggi risikonya lebih-lebih lagi jika anda sudah berusia, berada di hospital ataupun memang menghidapi masalah jantung.
Segera bertindak jika anda mula mengalami simptom seperti berikut:
Sukar untuk bernafas
Degupan jantung tidak stabil
Tidak berhenti batuk atau bersin
Pembengkakan pada tapak kaki, buku lali, betis atau paha
Hilang selera makan
Berat badan tidak menentu
Kepenatan
Kekeliruan
Sekiranya jangkitan pada paru-paru anda itu turut melibatkan bakteremia atau kejutan septik, jantung anda juga mungkin tidak mampu menyalurkan darah secukupnya pada buah pinggang.
Meskipun komplikasi pnuemonia yang ini bukan sesuatu yang kerap berlaku, ia boleh jadi serius kerana buah pinggang anda mungkin boleh berhenti berfungsi tanpa darah yang cukup.
Segera bertindak jika anda mula mengalami simptom seperti berikut:
Air kencing menjadi kurang
Pembengkakan pada tapak kaki, buku lali, betis atau paha
Kesukaran untuk bernafas
Kesakitan pada dada
Degupan jantung tidak stabil
Kekeliruan
Kelemahan
Sawan
Koma

Buat anda yang tertanya-tanya, bakteremia adalah kondisi serius yang akan mengundang kepada kejutan septik – reaksi apabila terdapat jangkitan bakteria pada darah.
Apabila tekanan darah anda menjadi tidak stabil, jantung tidak mampu mengepam darah secukupnya pada organ-organ sekali gus mungkin menyebabkannya berhenti berfungsi.
Segera bertindak jika anda mula mengalami simptom seperti berikut:
Demam
Pernafasan menjadi laju
Kekeliruan
Kadangkala, komplikasi pneumonia juga mungkin akan menyebabkan paru-paru bernanah dan ini lebih mudah terjadi sekiranya anda mempunyai sistem imun yang lemah.
Selain itu, faktor risikonya juga termasuklah pernah mengalami penyakit gusi, mengambil alkohol, menghidap bakteremia dan berusia lebih tua.
Akhir sekali, komplikasi pneumonia juga akan menyebabkan 3 masalah ini yang kesemuanya berkaitan dengan organ paru-paru.
Segera bertindak jika anda mula mengalami simptom seperti berikut:
Kesakitan pada belakang dan bahu
Kesakitan ketika bernafas
Untuk mengelakkan sebarang komplikasi-komplikasi akibat penyakit radang paru-paru ini, segera bertindak dengan berjumpa doktor ya!
Sumber : Hello Doktor