Siakap Keli
negeri hujan

Beberapa Negeri Dijangka Hujan Hingga Pagi Nanti

Beberapa kawasan dan negeri di sekitar Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bakal dilanda hujan lebat dan ribut petir hingga 6 pagi nanti.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan yang terlibat di Pahang hanyalah di Bentong.

Manakala bagi Negeri Sembilan, kawasan terlibat dengan cuaca tersebut adalah di sekitar Port Dickson, Rembau dan Tampin.

Sementara itu, seluruh Melaka dilapor bakal dilanda hujan lebat dan ribut petir meliputi keseluruhan negeri.

Di Johor pula, kawasan terlibat adalah di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda kawasan Serian; Samunjan di Samarahan; Sri Aman dan Betong.

Manakala Sabah pula, kawasan yang terlibat adalah di Lahad Datu di Tawau; Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan di Sandakan serta Kudat.

Data terkini yang dikeluarkan MetMalaysia adalah pada 1:30 pagi tadi.

Sumber: Twitter Jabatan Metrologi Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.