Siakap Keli
Lal Bihari
Kredit: Oddity Central

Lal Bihari, Pernah Dipalsukan Kematian Sebab Rampasan Harta

Lal Bihari merupakan ‘mayat hidup’ yang paling terkenal di India dan salah seorang daripada mereka yang telah dipalsukan kematian secara rasmi kerana harta.

Menurut Oddity Central, membunuh seseorang di atas kertas bukanlah hal yang sukar untuk dilakukan di India. Apa yang diperlukan hanyalah wang rasuah kepada pegawai yang sanggup untuk melakukan kerja kotor itu.

Pada kebiasaanya, mangsa adalah mereka yang telah lama meninggalkan tempat kelahiran dan pelakunya adalah saudara yang tamakkan harta akan menuntut tanah serta rumah keluarga.

“Namun, sebaik sahaja adalah telah direkodkan mati secara rasmi, membuktikan bahawa anda masih hidup adalah hal yang lebih sukar.

“Terutama sekali apabila orang yang anda cuba yakinkan adalah orang yang sama telah dibayar untuk membunuh anda,” lapor Oddity Central. 

Kisah Lal Bihari adalah salah satu contoh perjuangan ‘orang mati’ yang paling mendapat perhatian di India.

Sengsara bermula pada 1976

Memetik Oddity Central, kesengsaraan beliau bermula pada tahun 1976 apabila dia kembali ke tempat asal kelahirannya di kampung Khalilabad, Uttar Pradesh untuk mendapatkan tempat tinggal, pekerjaan dan sijil kasta serta pinjaman untuk perniagaan keluarganya.

Namun, apabila kerani tersebut menyemak data, dia memandang ke arah Lal Bihari dan mengatakan bahawa dia sebenarnya telah mati. Lal Bihari hanya tersenyum tapi tidak dibalas oleh kerani itu.

“Lal Bihari telah meninggal dunia tahun lalu dan saya tidak tahu awak siapa,” jelas kerani tersebut kepadanya, lapor Oddity Central.

“Tapi saya telah berada di sini sebelum awak dan kita pernah bertemu sebelum ini,” balasnya, dipetik dari Oddity Central. 

Difahamkan, kerana tidak mempedulikan ‘kematiannya’, kerani itu menunjukkan kepadanya rekod bahawa dia telah meninggal dunia pada 30 Julai 1976 dan tanahnya diserahkan kepada sepupunya.

“Walaupun dia terkejut dengan berita itu, Lal Bihari yakin bahawa dia akan melakukan hal yang tepat tidak lama lagi.

18 tahun berjuang buktikan ‘hidup’

Dia percaya bukti yang dia masih ‘hidup’ dan masih belum mati adalah kuat, tanpa mengetahui bahawa dia akan menghabiskan 18 tahun berjuang untuk buktikan kewujudannya.

Menyelami Oddity Central, Bihari telah mulakan langkah dengan menghubungi seorang peguam yang pada akhirnya mentertawakan dia kembali dan berkata, “Seseorang yang telah mati datang menemui saya”.

Selain itu, dia juga cuba untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan yang merupakan orang sama telah mengfailkan kematiannya.

“Tidak lama kemudian, penduduk telah mula mengejeknya dengan panggilan ‘mritak’ yang bermaksud ‘orang mati’ atau hantu.

“Dia rasa terhina namun tidak berupaya untuk melakukan apa-apa.

“Pada tahun 1980, seorang ahli politik, Shyam Lal Kanojia, telah memberi nasihat yang akan mengubah nasibnya,” lapor Oddity Central.

Menurut ahli politik tersebut, daripada malu dengan statusnya sebagai ‘mritak’ dia sebaliknya harus menerima dan menggunakannya untuk malukan mereka yang telah ‘membunuhnya’.

“Kes kamu tidak akan kemana-mana, mengapa tidak menggunakan gelaran ‘mritik’ itu untuk malukan mereka yang telah memperlakukan kamu seperti ini,” katanya, lapor Oddity Central.

Sejak dari itu, Bihari telah menonjolkan dirinya dalam usahanya untuk membuktikan bahawa dia masih hidup.

Dengan cara itu juga, dia mula sedar dirinya sebagai seorang wakil kepada mereka yang senasib sepertinya untuk memperjuangkan hak mereka.

Menerusi Oddity Central, antara perkara yang dilakukan sepanjang perjuangannya adalah termasuk bertanding dalam pilihan raya untuk buktikan bahawa dia masih lagi hidup.

Selain itu, dia juga menuntut bantuan untuk isterinya sebagai seorang balu (kerana dia telah ‘mati’) dan menculik sepupunya yang merupakan dalang di sebalik segala ‘konspirasi’ yang berlaku.

Mati hidup semula, kewujudannya diakui

Difahamkan, akhbar juga telah mula menulis tentangnya dan kisahnya telah mula tersebar di seluruh India.

“Sehingga tahun 1994, Lal Bihari telah direkodkan semula ‘kehidupannya’ secara rasmi selepas kerani lain telah menggantikan kerani lama.

“Namun, itu bukanlah pengakhiran kisahnya, selepas melalui liku-liku perjuangan selama 18 tahun, dia meluangkan masanya dengan membantu orang yang masih hidup namun direkodkan ‘mati’ yang lain dengan menubuhkan satu organisasi iaitu Mritik Sangh,” lapor Oddity Central.

Menurut laporan, dia telah berjaya membantu ratusan orang dengan melakukan siasatan terhadap puluhan pegawai rasuah.

Walaupun kerajaan telah menyifatkan isu ini sebagai bukan isu yang meluas, namun Lal Bihari percaya bahawa jumlah kematian palsu di India telah mencecah puluhan ribu.

Segalanya akibat didorong oleh ketamakan, kaedah rampasan harta dengan memalsukan kematian saudara lain yang masih sangat terkenal di India, malah ada juga yang dilakukan oleh anak mereka sendiri.

“Anak saya sendiri telah ‘membunuh’ saya,” kata Panchu, 75 tahun di kampung Adampur kepada Open the Magazine.

“Jika bukan kerana Lal Bihari, saya mungkin masih dalam keadaan ‘mati’,” Kaagaz, lapor Oddity Central. 

Menariknya, kisah beliau juga telah diceritakan semula dalam bentuk filem yang telah ditayangkan di layar perak yang bertajuk Kaagaz.

BACA JUGA: Lelaki Tergamak Palsukan Sijil Kematian Isteri Gara-gara Nak Kahwin Lain, Bakal Dipenjara 8 Tahun

Sumber: Oddity Central

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.