Siakap Keli
Pesawat China Eastern

Pesawat China Eastern Terhempas Kurang Dua Minit Dari Ketinggian 25,000 Kaki

FlightRadar24 mengesan pesawat China Eastern MU5735 yang terhempas siang tadi jatuh terjunam dari ketinggian 25,000 kaki kurang dari dua minit.

Menurut CNN, data pengawasan menunjukkan Boeing 737-800 telah berada pada ketinggian 29,000 kaki apabila ia mula terjunam dengan sangat laju.

“Ia sempat berhenti seketika pada ketinggian 10,000 kaki sebelum terjunam semula menurut data.

“Data penerbangan hilang apabila pesawat mencecah ketinggian 3,200 kaki dan FlightRadar telah memaklumkan perkara ini melalui Twitter bersama carta yang menunjukkan ia terjunam secara dramatik,” lapor CNN.

Presiden China, Xi Jinping mengarahkan perkhidmatan kecemasan negara itu untuk mengerahkan operasi mencari dan menyelamat serta mengenal pasti punca kemalangan.

“Selepas kemalangan tersebut, Presiden Xi Jinping terus memberi arahan untuk memulakan mekanisme kecemasan mengatur, mencari dan menyelamat serta menangani kesannya dengan betul,” lapor CNN.

Terdahulu, sebuah pesawat China Eastern Airlines membawa 132 penumpang dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di daerah Guangxi, China petang tadi.

Memetik CNN, Boeing 737 yang dalam penerbangan dari bandar barat daya Kunming menuju ke Guangzhou telah hilang kawalan di Bandar Wuzhou.

“Di atas pesawat terdapat 123 penumpang dan sembilan anak kapal dalam satu kenyataan dari CAAC yang disiarkan secara atas talian.

“China Eastern Airlines kemudian mengesahkan butiran tersebut dan bilangan orang yang berada dalam pesawat itu ketika kemalangan itu berlaku.

“China Eastern Airlines telah megaktifkan satu mekanisme kecemasan dan menghantar pasukan ke tempat kejadian.

“Mereka juga telah membuka satu talian khas untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa yang terlibat,” tulis China Eastern Airlines menerusi akaun Weibo, lapor CNN.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat mengenai kemungkinan punca nahas itu berlaku dan ia dipercayai masih dalam siasatan.

Ekoran kejadian itu, paparan pada laman sesawang syarikat penerbangan China Eastern Airlines telah ditukar kepada warna hitam dan putih, lapor NDTV.

Pertukaran tersebut dibuat susulan tragedi sebuah pesawatnya, MU5735 yang terhempas dalam satu kejadian sebentar tadi.

Difahamkan, ia dipercayai bertujuan untuk solidariti atau ‘berkabung’ dan tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

BACA JUGA: Paparan ‘Website’ China Eastern Airlines Bertukar Warna Hitam Putih

Sumber: CNN

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.