Pelbagai tips uruskan kucing yang biasa kita baca di media sosial. Segalanya banyak menyentuh mengenai langkah dan cara pengurusan yang efektif.
Di samping itu, penjagaan kucing bukanlah satu hal yang mudah, tambahan pula bagi pemilik kucing yang hidup berjiran dengan orang lain.
Banyak perkara perlu dititik beratkan bagi memastikan kucing itu tidak memberi gangguan kepada jiran daripada pelbagai faktor.
Oleh itu, menerusi laman kumpulan Group Pencinta Kucing, Muhammad Heikal Ismail kongsikan tips uruskan kucing serta rutin mudah yang mungkin kita boleh contohi.
Ikuti perkongsian di bawah, moga memberi manfaat kepada pemilik kucing yang lain.
Tips mudah uruskan kucing dan sangkarnya

Pada mulanya saya jaga kucing dalam sangkar tiga tingkat di luar rumah tapi waktu tu serba kekurangan kesian juga tengok kucing saya asyik jelir lidah kepanasan tapi kalau lepaskan takut dia lari ke luar pula nanti ada yang culik.
Lepas tu saya jaga dalam rumah pula tapi macam-macam cara saya fikirkan supaya rumah sentiasa kemas bersih dan takde bau, namun saya masih tidak dapat menemui cara terbaik.
Oleh itu, saya decide nak buat rumah khas untuk mereka supaya keluarga yang datang tidak rasa geli dan kurang selesa. Saya juga boleh main-main dengan mereka dalam rumah kucing ni dan waktu malam saya lepaskan mereka untuk main di porch tapi mereka pandai masuk semula bila dah puas bermain.
Saya sangat gembira sebab saya dah temui cara paling convenient untuk jaga kucing. Cara jagaan ini sesuai untuk orang yang busy dengan kerja dan tidak ada maid.
Di sini, nak share sikit rutin saya kemas rumah kucing ini ya untuk panduan semua jika bermanfaat:
DAILY
1. Buka pintu dan belai dorang
TIGA HARI SEKALI
1. Angkat plastik sampah dalam automatic litter box dan tukar baru (saya tengok dari kuantiti tofu litter dari luar kalau dah nak abis maksudnya dah penuh la collection box tu).
2. Lap automatic litter box lepas tukar plastik baru
3. Lap mata kucing dua/tiga hari sekali, sejak letak dalam rumah ni mata die kurang berair maybe sebab angin kuat dalam ni.
WEEKLY
1. Tambah makanan baru boleh dilihat daripada aras makanan automatic pet feeder dari luar rumah kucing.
2. Topup air dalam Water fountain sebab ada dua fountain.
MONTHLY
1. Bersihkan bulu dekat kipas.
2. Bersihkan bulu dekat ekzos fan dua bulan sekali.
KADANG-KADANG
1. Lap hairball.
2. Lap segala barang dalam rumah kucing guna wet tissue.
Sama- sama la kita pelihara kucing kesayangan kita dengan cara terbaik supaya disenangi jiran, kucing dan diri sendiri.